Header Ads

ads header

Flash News

Aku lebih suka… Engkau bagaimana?


AKU
 lebih suka berperang dengan musuh yang nyata berbanding dengan membelasah sama sendiri yang akhirnya kesan perang sesama sendiri lebih teruk dari berlawan dengan musuh. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka mendiamkan diri daripada melawan keputusan jamaah walaupun nampak salah di mataku tetapi selagi ia bukan dosa besar yang Allah dan RasulNya murkai. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka sedar diri ini bahawa aku seorang diri, bukanlah pemikir yang boleh menentang keputusan pimpinan yang dibuat secara berjamaah, kerana jelas mesyuarat itu adalah sunnah Rasulullah dan menyombong diri dengan kepandaian kita adalah sunnah Iblis. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka untuk tidak membangkitkan kebaikan atau kehebatan aku jika ada terhadap jamaah semata-mata mahu membuktikan kononnya aku bijak, berguna, berjasa supaya nanti mudah mempengaruhi orang yang aku juga patut diberikan sesuatu atau dilihat sebagai mangsa. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka melihat kelemahan diri daripada menimbang kelemahan rakan yang kemudiannya dijaja ke seluruh maya memberitahu dosa dan noda rakan itu yang mana aku lupa aib dan dosa aku ini, Allah yang tutupkan. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka mengelak daripada terlalu memperbesarkan isu berkenaan dosa peribadi walaupun terhadap musuh dan lebih menumpukan kepada kesalahan kumpulan kerana telah ramai yang aku lihat, bila dosa peribadi orang lain diungkit-ungkit bagi memalukan, sekejap sahaja Allah terbalikkan hati yang mengata itu, menjadi dia sebagaimana orang yang malukan itu. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka mendoakan untuk diriku dan sahabat-sahabatku sama ada dalam solat fardhu atau sunat untuk diampunkan dosa kita semua dan tidak mengaibkan dengan dosa yang mereka buat kerana ia ibarat menikam mereka, kita hulur pisau, bila disambut, kita terus menikam mereka. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka sabar dan menunggu bukti-bukti atas apa-apa isu tanpa mendahului orang lain dengan cerita separuh masak yang kemudiannya menjadi fitnah disebarkan kepada semua orang, hanya kerana ingin mencari populariti. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka melihat amal baik dan burukku daripada berkokok konon untuk syahid, semua orang tidak ikut sunnah, sedangkan solat subuh pun terkadang atau terlalu banyak masbuq dari muafiq dan paling sedih, subuh selalu menjadi dhuha. Engkau bagaimana?

Aku lebih suka menanti hukuman daripada pihak berkuasa jika ada pertuduhan terhadap pimpinan jamaah aku daripada terus menggelupur bila mendengar cerita kerana Presiden aku selalu menunjukkan contoh yang terbaik iaitu memegang prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, walau terhadap musuh, apatah lagi sesama jamaah. Engkau bagaimana?

Tidak kiralah engkau sama seperti aku atau kita berbeza, namun sesuatu yang perlu diingatkan ialah kaedah mesti berjalan mengikut Islam. Apa lagi sesama jamaah. Dalam Islam, ada ketikanya sesuatu itu, ia perlu disebarkan segera, ada ketikanya mesti ditahan dahulu. 

Jika kita terus menerus membelasah sesiapa sahaja tanpa senggang masa dan keadaan apabila menerima maklumat, dibimbangi kita ini hanyalah digunakan sebagai tukang salak sahaja bagi kepentingan orang-orang tertentu yang sudah pastilah akan menggunakan alasan Islam juga untuk bertindak. Engkau akan tersepit di celah dua alasan yang Islamik. Pihak yang diserang dengan pihak yang menyerang.

Di zaman fitan ini, ia datang dalam berbagai bentuk dari berbagai arah. Terserah kepada ilmu kita untuk bertindak mengikut Islam. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak berilmu, maka ulamaklah yang menjadi panduan. Yang paling bahaya ialah golongan yang merasa bijak, bertindak sendiri, kemudian mengajak yang lain turut serta. Inilah jalan yang kita minta perlindungan daripada termasuk di dalamnya.

Semoga Allah lindungi hati kita yang sentiasa berbolak balik ini daripada merasa hebat, tetapi rupanya penuh dosa dan noda. Entah diampunkan Allah atau tidak dosa kita itu.

MOHD NASIR ABDULLAH
18 Januari 2021 – HARAKAHDAILY 18/1/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Learn about team work.
    Kerja perlu berpasukan.
    Jangan salahkan satu sama lain.
    Yang baik dan buruk datang daripada Allah.
    Selalu sangat perkara yang baik sebenarnya buruk dan yang buruk sebenarnya baik utk kita.

    If you dont get what ypu want , Allah will give what you need.

    BalasPadam
  2. Masa PAS berada dalam PKR , saya adalah salah seseorang daripada ahli yang menyokong TPPA kerana saya rasa lebih baik Malaysia berurusan dengan Amerika daripada Communist China. Tapi PAS ambil keputusan utk menentang TPPA kerana ikut golongan G18 yang sebenarnya adalah geng Communist DAP.
    Saya redha. Kerana saya tegur kerana Allah bukan kerana sesiapa. Dan akhirnya kita lihat sekarang betapa kejamnya China terhadap umat Islam di Xin Jiang.

    Dan saya juga adalah orang yang menyokong Dr. Hassan Ali. Pemecatannya adalah suatu perkara yang amat mengejutkan. Tetapi kita perlu redha keputusan jemaah dan buat kerja kerana Allah dan bukan kerana manusia.

    BalasPadam
  3. Ketahuilah , jikalau kita melakukan sesuatu perkara kerana Allah , Lillahitaala , tiada kekesalan akan menimpa kamu.
    Tapi jikalau kamu terlibat dalam usaha memecah belahkan jemaah dan buat perkara yang tak srnonoh , tunggulah satu hari nanti kamu sendiri akan kena khianat daripada mereka yang kamu sendiri sanjung.

    Itu sebab kita ada Allah. Allahlah sahaja yang memahami keadaan kita dan mengetahui apa yang baik utk kita.
    Tetapi hubungan kita dengan Allah ini bukan datang begitu sahaja. Ia perlu usaha. Usaha agama ini adalah penting bagi mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Hubungan inilah kekuatan kita.
    Maka jadilah umat yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penolong dan Maha Mengetahui.

    BalasPadam