Header Ads

ads header

Flash News

Annuar ragui 189 bahagian Umno tolak kerjasama dengan Bersatu


Bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa meragui laporan yang mengatakan bahawa 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing baru-baru ini.

Annuar, yang adalah ahli parlimen Ketereh, berkata bahawa dia mendapat maklumat bahawa hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu, kurang daripada jumlah yang didedahkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi iaitu sebanyak 143.

Menurut Ahmad Zahid, jumlah itu diperolehi berdasarkan maklum balas yang dikumpulkan melalui Whatsapp yang terdiri daripada pemimpin bahagian parti sebagai ahli.

“Seluruh bahagian ada 191 bahagian, dua tak adakan mesyuarat, yang mesyuarat 189. Adakah awak yakin semua 189 termasuk Ketereh menyokong untuk tak bersama Bersatu dalam PRU15?

“Adakah bahagian Sembrong (Hishammuddin Hussein) begitu? Rembau (Khairy Jamaluddin) begitu? Putrajaya (Tengku Adnan Mansor) begitu? Bera (Ismail Sabri Yaakub) begitu? Adakah bahagian Mahadzir Khalid (Padang Terap) sependapat begitu?

“Telefon pemimpin-pemimpin kanan. maklumat setakat ini diberitahu kepada saya, yang buat usul sedemikian ialah 99 bahagian yang secara langsung tolak Bersatu,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Annuar lagi, usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian parti tidak hanya tertumpu sekitar kerjasama dengan Bersatu, tetapi juga melibatkan perkara-perkara lain.

“Ada yang terima Anwar, tak terima Dap. Usul ni pelbagai-pelbagai.

“Yang mana tak terima Anwar tak terima DAP? Yang mana pula tolak Bersatu tapi kekal tolak Anwar tolak DAP?” soalnya.

Walaupun bersama berada dalam kerajaan Perikatan Nasional, namun hubungan antara Umno dan Bersatu terus tegang.

Dalam siri pergaduhan terbaru, Umno menuduh Bersatu mencuri dan cuba membeli ahlinya.

Sebelum ini, Umno mendakwa bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah memungkiri janji untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 dari caruman KWSP kepada mereka yang memerlukan tanpa syarat serta moratorium pinjaman automatik, sebagai balasan sokongan Umno terhadap Belanjawan 2021.

Bulan lalu, Ahmad Faizal Azumu, yang merupakan timbalan presiden Bersatu, digulingkan dari jawatannya sebagai menteri besar Perak setelah tewas dalam usul undi percaya yang dibawa oleh Adun Umno Abdul Manaf Hashim.

Ahmad Faizal digantikan oleh Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad.

Sementara itu, Annuar menegaskan bahawa Umno tidak boleh bersendirian dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah berulang kali berkata bahawa Umno tidak boleh pergi secara solo. Ia harus bekerjasama.

"Ia mesti menyatukan Melayu-Islam. Jika Umno tidak dapat melakukannya, jangan fikir orang lain akan menyokong kita," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: