Header Ads

ads header

Flash News

Annuar: Umno tidak mahu daftarkan Muafakat Nasional


Setiausaha Agung BN yang dipecat, Annuar Musa mendakwa bahawa PAS telah mengusulkan supaya gabungan Muafakat Nasional (MN), yang terdiri daripada parti itu dan Umno, didaftarkan, tetapi Umno menolaknya.

Dakwaan itu berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah bahawa terdapat masalah dalam mendaftarkan gabungan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh pihak lain.

Menurut Annuar, masalah mendaftarakan MN tidak ada kaitan dengan alasan yang diberikan oleh Mohd Amar, tetapi hakikatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan kepemimpinan Umno supaya tidak mendaftarkan MN.

“Langsung tak ada kena-mengena (apa yang dituduh oleh Mohd Amar),” katanya.

Annuar menjelaskan bahawa keputusan itu telah beberapa kali berubah sejak kedua-dua pihak menandatangani piagam gabungan berkenaan pada bulan September tahun lalu.

Dia ketika itu adalah setiausaha agung Umno. Semalam, dia dipecat sebagai setiausaha agung BN.

Dia berkata, bahawa pada peringkat awal, tidak ada rancangan untuk mendaftarkan MN, tetapi Umno berubah fikiran untuk mendaftarkan gabungan itu.

“Kemudian berlaku peristiwa PAS jadi ahli PN, maka PAS jadi ahli PN, dikatakan apa pula nak daftar MN? Sedangkan Umno buat keputusan tak jadi ahli PN, maka berubah tak daftar.

“Kemudian berubah lagi oleh kerana PN daftar maka MN patut daftar, saya diarah buat draf perlembagaan dan sebagainya.

“Kemudian pada November, bila kita nak masuk bincang tentang pendaftaran, kita diarah oleh presiden (Ahmad Zahid) supaya bawa usul dalam mesyuarat itu supaya tak didaftarkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Annuar mendakwa bahawa PAS yang mahu pendaftaran gabungan itu diteruskan.

“Secara jujurnya, mesyuarat terakhir PAS syorkan supaya didaftarkan, tapi Umno tak nak,” katanya.

Bulan lalu, Amar berkata, jika kedua-dua parti ingin meneruskan pendaftaran, mereka harus menukar nama.

Walau bagaimanapun, gabungan itu akan terus menggunakan nama "Muafakat Nasional" tanpa mendaftarkannya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Sekarang jelas siapa yang main mata dan mandi dua kolam...lebai kena tuduh ...tapi presiden umno yg jd musuh dlm selimut dan talibarut rupanya

    BalasPadam
  2. Zahid komedi yg hati jahat

    BalasPadam
  3. sayang sekali,,MN terdiri daripada pas dan umno bakal hancur. Banyak sebab,,selain musuh2 luar daripada PH,,musuh dalaman dari kalangan pas dan umno yg bodoh dan terpedaya dgn diayaah rba dap juga jadi salah satu sebab kehancuran MN. gembira betul cina2 mca,gerakan dan dap serta india mca apabila pas dan umno berpecah. Maka ,,sejarah org melayu diperkotakkatikkan org2 kafir cina dan india akan berulang. Tahniah kepada KEBODOHAN berpolitik org melayu....

    BalasPadam
  4. Barua keris telanjang tulus komen bodoh berlapis-lapis tidak masuk akal manusia normal kerana terlebih makan dedak.

    Puak barua ini sibuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam walaupun kita tahu parti Islam berusaha menyatu-padukan pakatan parti Melayu dan parti Islam.

    Rakyat tahu bahawa puak lidah biawak dalam puak keris telanjang cuba memusnahkan pakatan Melayu Islam dan menjalin hubungan haram dengan puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam semata-mata untuk menyelamatkan pemimpin korup dari tindakan mahkamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan komen 10:45

      Barua keris telanjang tulis komen bodoh berlapis-lapis tidak masuk akal manusia normal kerana terlebih makan dedak.

      Padam
    2. Tidak hairanlah jika puak roket tidak mengutuk puak umm-No selama ini dan sebilangan pemimpin lidah biawak ingin bersekutu dengan puak roket. Mungkin ada skandal sulit.

      Padam
  5. parti trrsungkur dia lari.
    ade kuat sikit dia dtg kasi huru hara.
    dasar manusia bangsat.

    BalasPadam