Header Ads

ads header

Flash News

Apa Sebenarnya Umno Inginkan?


1. Saya mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam UMNO dan ramai bertanya apakah respon saya. Sekiranya parti memutuskan semua Menteri UMNO perlu letak jawatan, saya akan patuh dan letak jawatan.

2. Walaubagaimanapun, dalam menentukan kerjasama politik, UMNO harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan kehadapan parti. Pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi dan kesan jangka masa pendek.

3. Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

4. Jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa UMNO akan bekerjasama menjelang PRU15. Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR? Atau bersendirian?

5. Perancangan kerjasama politik UMNO harus dibuat dengan teliti kerana pilihanraya bukannya esok. UMNO mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan.

6. Iktibar yang harus diambil oleh UMNO adalah kita (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14 daripada 133 kerusi yang kita menangi pada PRU-13. Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi. Kita harus insaf dari pengalaman ini.

7. Tambahan, kita masih berperang dengan COVID-19. Kes harian masih tinggi. Negara juga sedang dilanda banjir. Ekonomi juga sedang dipulihkan. Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat. Parti UMNO sedang diberi peluang untuk buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kita prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.

8. Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin. Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

9. Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan.

10. Kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi yang akan bermesyuarat pada malam ini, biar ahli parti dan rakyat jelas apa sebenarnya UMNO inginkan. Putuskanlah yang terbaik.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. UMNO menuju jalan ke kubur.Sebelum itu UMNO nak masuk muzium.Teruskanlah.DAP senyum makin lebar kerana Melayu makin bodoh

    BalasPadam
  2. Umno dah nazak. Hayatnya dah di penghujung.
    Kalau nak subsidi umur jangan berlagak macam kuat
    Menumpang di PN betul dah, walaupun PN dan Bersatu masih muda
    Kalau ego, pru15 rakyat akan bagi batu nisan

    BalasPadam
  3. Yess...kalau umno khianat .benamkan umno pru15
    Undi pas bersatu cukup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...dulu ak pun penyokong UMNO...tp kalau UMNO buat kerjasama dengan PKR dan DAP mmg ak pangkah PAS n bersatu...melingkup la UMNO kalau mcm ni punya perangai

      Padam
  4. Ko memanglah nak UMNO tu kekal dalam PN sbb abam Jemin sekutu rapat ko ade dalam tu.. so ko taklah terjejas sgt dari segi kuasa dan pendapatan sbb abam Jemin boleh tolong ko.. masalahnya sekarang pemimpin2 UMNO yg jadi menteri2 ni semua pro PN.. mentang2 semua kenyang dgn pangkat dan wang.. yg lain2 tu nak makan ape? Dahlah kerusi UMNO menang paling byk tapi dia pulak yg dipingirkan.. Bersatu yg sikit kerusi tu pulak yg menguasai kabinet.. suruh letak TPM orang UMNO pun taknak.. siap nak isytiharkan darurat pulak sbb nak pijak terus UMNO.. Bersatu keluar dari PH dulu pun bukan sbb tak suka DAP tapi sebenarnya taknak Anwar naik jadi PM.. tu je.. mereka kalau boleh nak Mahathir jadi PM.. tapi Mahathir taknak cara tu.. sekarang ni ape yg penting UMNO kene sentiasa tekan Bersatu sampai tertiarap.. kene gertak.. geng Hamzah ngan Jemin kene buat cara macam tu je..dulu masa Anwar dalam penjara Jemin bolehlah berlagak dalam PKR.. lepas Anwar bebas terpaksa angkat kaki.. kalau Bersatu gentleman tolonglah bagilah keadilan sepenuhnya pada UMNO.. kalau nak selamatkan PN tolonglah bagi jawatan PM kat UMNO.. byk calon berkaliber ade.. Tok Mat.. Ku Li.. barulah nampak jelas Bersatu sanggup berkorban ape saje demi melayu dan Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan masalah rakyat, itu masalah politik amno

      Padam
    2. Dah agak dah. Itu tujuan UMNO sebenarnya berpolitik utk Cari makan. Jom Kita hapuskan UMNO PRU15 ni. Bodoh bertingkat 2 la 6:08 PTG ni.

      Padam
    3. Ingat Zahid nak bg ke timbalan die jd PM...Zahid tu yg nak jd PM sgt sebenarnya..sbb ape..kes mahkamah da nk abis..takut la sabit salah mana nk lari...tu yg sanggup buat perjanjian Ngan Anwar Ibrahim tu..lebih nak lepas diri je..mana nk fikir rakyat oi

      Padam
  5. AWANAMA 6:08 ptg you're totally right....M'sia ni Tanah Melayu asal namanya & UMNO adalah parti melayu pertama ditubuhkan. So, amatlah TIDAK SALAH langsung UMNO claim M'sia ni UMNO punya & boleh buat apa shj UMNO suka...nak kongsi dgn UMNO boleh tapi WAJIB ikut kata UMNO lah...WAJIB...kannn!!! push stop

    BalasPadam
  6. Dalam UMNO ni kalau majlis tertinggi buat keputusan bekerjasama ngn DAP...ramai yg akan keluar..xpercaya Zahid buat la keputusan bodoh ni..orang2 lama xkan bole terima...dan penyokong DAP sendiri xkan sokong da DAP...kalau UMNO bersendirian..orang melayu akan jadi berpecah undinya..so..ph ad harapan la menang lg..buat keputusan bijak..jgn sampai ke sudah UMNO jatuh n lgsung da xbole bangkit...

    BalasPadam