Header Ads

ads header

Flash News

Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju UMNO. Jangan beri pelbagai alasan


KUALA LUMPUR: 
Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu, dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO.

Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu ahli UMNO mempercepatkan pemilihan parti bagi membolehkan lebih 3 juta ahli akar umbi menetukan mandat dan hala tuju bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Memetik temu bual bersama Sinar Harian, beliau mendakwa terdapat tiga kelompok yang bertentangan dalam UMNO ketika ini menyebabkan keadaan semakin parah.

“Ia terdiri daripada kumpulan yang mahu bergerak bersendirian pada PRU15, kumpulan mahu kekal bersama PN dan satu lagi kumpulan menuntut penjajaran politik baharu dengan parti pembangkang.

“Ketika ini bukan sahaja akar umbi parti, bahkan rakyat juga tidak jelas dengan hala tuju sebenar UMNO ini,” katanya.

Dr Khir turut berpandangan, darurat sebagai jalan terbaik meredakan konflik politik negara yang tidak berkesudahan melihat kepada tuntutan PRU pada saat COVID-19 semakin kritikal ini.
Masalah dalaman

Senada dengan Dr Khir, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang menyifatkan masalah dalaman UMNO sudah sampai ke kemuncak disebabkan kepimpinan lemah.

Abdul Aziz bersetuju sudah sampai masanya parti Melayu terbesar itu menerima mandat baharu daripada akar umbi.

“Budaya pemilihan UMNO itu perlu diubah dan dihindari daripada politik wang atau pengaruh warlords.

“Proses pemilihan yang suci akan menentukan kesucian UMNO itu sendiri dan sekiranya amalan budaya politik wang masih menjadi amalan dan pilihan, UMNO tidak akan berubah sampai bila-bila,” kata Aziz dipetik Sinar Harian.
Pemimpin bermasalah

Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turut memberi pandangan — mana-mana pemimpin bermasalah digesa segera mengundurkan diri dan beri lebih ruang kepada pemimpin berkelayakan demi kelangsungan politik itu.

“Sekarang ini, soal beralah kepada yang pemimpin lebih layak menjadi masalah besar dalam UMNO kerana ada yang tidak mahu beralah.

“Ini namanya tidak bertimbang rasa, tidak kasihan dengan parti dan bersifat bodoh sombong. Akar umbi sepatutnya kena tahu beza mana kaca dan mana permata,” kata Muhammad.

Muhammad Taib yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mengulangi kesilapan sewaktu PRU14 dengan hanya mengangkat pemimpin popular dalam parti sahaja, sedangkan calon tersebut ditolak rakyat.

MR: Menangis-nagis nak PRU-15 cepat, tapi pelbagai alasan untuk tangguh pemilihan UMNO



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan