Header Ads

ads header

Flash News

Biden jadi presiden AS – implikasinya ke atas Malaysia


PETALING JAYA:
Dengan pelantikan Joe Biden sebagai presiden AS, Malaysia mungkin menjadi kunci utama untuk dasar AS, khasnya dalam isu perdamaian di Timur Tengah.

Menurut laporan AS, Biden sudah menyenaraikan sejumlah arahan eksekutif, termasuk menyertai perjanjian perubahan iklim Paris dan mengarahkan agensi menyatukan keluarga terpisah selepas menyeberangi sempadan Mexico, mencadangkan beliau akan segera mengubah agenda tertentu Donald Trump.

Pakar berkata, pelantikan presiden baru jelas akan mempengaruhi kedudukan geopolitik dan ekonomi Malaysia.

Walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan muktamad, James M Dorsey, felo di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berkata, terdapat tiga bidang utama yang akan memberi kesan kepada Malaysia berikutan perubahan dasar berpotensi di AS.

“Yang mesti diperhatikan ialah bagaimana mereka berdepan China, hubungan mereka dengan Israel dan Palestin serta pendirian mereka mengenai hak asasi manusia.”

Katanya, AS mungkin cuba memanfaatkan pertikaian wilayah di Laut China Selatan dengan menawarkan bantuan sebagai pertukaran untuk dasar menguntungkan do Malaysia dan negara Asian Tenggara lain.

“Saya tidak fikir Malaysia mahu dilihat sebagai menyertai blok anti-China, tetapi itu tidak bermakna tidak ada cara lain untuk AS dan Malaysia bekerjasama.”

Katanya, Biden mungkin berusaha memperbaiki hubungan dengan Palestin, sama ada melalui bantuan atau perbincangan rasmi, agenda yang diabaikan Trump.

Bagaimanapun, AS juga boleh menggunakan kaedah memudahkan hubungan antara Malaysia dan Israel sebagai cara tidak langsung untuk memberi tekanan kepada Palestin, sekutu kuat Malaysia, dalam rundingan damai, jika perlu.

“Berkaitan hak asasi manusia, saya fikir ia penting kepada mereka kerana mereka perlu mengembalikan krebiliti dan kedudukan mereka. Membuat pendirian untuk menyokong hak asasi manusia mungkin salah satu caranya.”

Malaysia pernah menghadapi masalah dengan AS berhubung isu hak asasi manusia berkaitan perdagangan, dengan produk daripada beberapa pembuat sarung tangan tempatan dan pengeluar minyak sawit disekat Jabatan Kastam AS atas tuduhan penggunaan buruh paksa yang didakwa dilakukan syarikat pengeksport.

Dari sudut ekonomi, Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia menjangkakan pentadbiran Biden akan menjadi “berkecuali hingga negatif bersih” untuk Malaysia dalam jangka pendek.

“Jika dasar dalam negeri Biden meneruskan sekatan pergerakan Covid-19 yang merosakkan usaha pemulihan AS, atau jika pergolakan berterusan di AS, maka limpahan negatif akan memberi kesan ke atas perdagangan global dan serantau ketika AS cuba membaiki keadaan dirinya.

“Secara keseluruhan, saya rasa agenda domestik Biden muram dan tidak ada jalan pantas untuk membaiki ekonomi AS serta tidak berminat dalam isu antarabangsa sehingga masalah mereka selesai.”

Katanya, walaupun perdagangan dengan AS bertambah baik di bawah Trump, pembalikan keputusan tertentu yang dibuatnya boleh meningkatkan aktiviti ekonomi global dan dengan Malaysia.

“Jika beliau menerbalikkan keputusan Trump mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, ini dapat meningkatkan perdagangan serantau dan global.”

Walaupun tidak mungkin ada perjanjian perdagangan bebas dua hala antara AS dan Malaysia kerana batasan yang ditetapkan perjanjian lain, peningkatan dalam perdagangan global akan memberi kesan positif kepada Malaysia.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minta Malaysia sertai TPPA utk mengusir pengaruh kominis China yang merupakan dalang di sebalik parti DAP.

    BalasPadam