Header Ads

ads header

Flash News

Di sebalik perpecahan, anggota MT mahu Umno, PPBM dan PAS cari titik persamaan sebelum PRU15


PETALING JAYA:
Umno, PPBM dan PAS perlu kembali mencari titik persamaan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) .

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Razlan Rafii berkata, ketiga-tiga parti Melayu itu perlu mengetepikan ego bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

”Orang Melayu kena bersatu hati dalam memastikan kestabilan negara. Formulanya adalah kemenangan besar bagi blok parti Melayu.

“Sekiranya masih berpecah, negara tidak akan dapat mewujudkan kestabilan seperti pada zaman BN memerintah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika menyambut baik komentar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilaporkan berkata, majoriti pemimpin Umno positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu, khususnya di peringkat akar umbi.

Ketika menjadi tetamu program Bicara Negarawan bertajuk “Masa Depan Malaysia, Ke Mana Kita?”, Hadi berkata, perselisihan antara Umno dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang PRU15.

Mengulas lanjut, Razlan bagaimanapun mengingatkan PPBM supaya ikhlas dalam bekerjasama serta menjaga perasaan akar umbi parti itu, termasuk berhenti “mencuri” ahli Umno.

“Hentikan (aktiviti) mencuri ahli Umno dan PAS. Isu ini menjadikan akar umbi tidak selesa dan sakit hati dengan pemimpin PPBM dan parti itu,” katanya.

Katanya, Umno kekal dengan pendirian asalnya iaitu musuh utama politik parti itu ialah DAP dan sekutunya.

Kebanyakan daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan PPBM yang juga merupakan parti serpihannya.

Keputusan muktamad berhubung isu itu sepatutnya dibuat pada perhimpuan agung Umno dijadualkan pada 31 Jan ini, namun ditangguhkan berikutan perisytiharan darurat minggu lepas.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sokom Mohd Razlaan... Bijak politik!!

    BalasPadam
  2. Saya sokong Umno untuk terus angkuh,sombong dan rasa hebat serta kena jadi abang besar.Ini memudahkan UMNO mereput dan tak bangun2 lagi.nanti cari kat muzium.Pemimpin purba dalam UMNO tak kabar diri masih ramai dan rasa tak akan mati.Covid telah ubah hidup manusia tapi manusi Umno tak berubah2.

    BalasPadam