Header Ads

ads header

Flash News

Dr M arah saya elak prosiding mahkamah terbuka kes Zakir Naik, kata Thomas


PETALING JAYA:
Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata Dr Mahathir Mohamad mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.

Sebelum itu, beliau menemui Pesuruhjaya Tinggi India Shri Mridul Kumar yang menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.

“Beliau bersetuju memulakan prosiding ekstradisi terhadap Naik di mahkamah kita mungkin mencetuskan ketegangan.

“Saya turut membincangkan perkara itu dengan Tun (Mahathir) dan beliau juga bersetuju tindakan mahkamah perlu dielak kerana itulah yang dikehendaki Naik, supaya dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan kata-kata hasutannya,” kata Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Beliau turut mencadangkan Naik diusir dari Malaysia dan mencari sendiri negara lain untuk didiami selain India.

Bagaimanapun, katanya, bekas perdana menteri tidak bersetuju dengan penyelesaian itu sebaliknya mengarahkannya membiarkan perkara itu kepada Mahathir.

“Selepas itu bila isu Naik dibangkitkan, respons beliau sama iaitu tiada negara yang mahu menerima penceramah itu,” katanya.

Thomas turut mendakwa berbincang dengan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengenai isu itu, yang memaklumkan polis juga tidak mahu Naik berada di Malaysia.

“Beliau berkata tiada negara Islam lain mahu menerima Naik. Saya menyebut beberapa negara, namun beliau berkata semuanya menolak Naik,” katanya.

Thomas berkata, beliau hairan kenapa nasihatnya mengenai Naik tidak diterima Mahathir, malah menganggap itu turut memberi kesan politik terhadap Pakatan Harapan (PH).





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Tun M telah bertindak betul dalam menjaga maruah ,agama dan nyawa saudara se iman dari tekanan golongan kafir

    BalasPadam
  2. Dr Zakir adalah satu sosok pendakwah Islam yang pakar dalam perbandingan semua agama.Para penentangnya gagal berhujah menggunakan kitab agama masing masing apalagi jika hanya setakat menggunakan akal se mata mata.Dr M tidak sekadar sembang kari dalam melindungi saudara seagama yang menjadi permata kepada umat manusia Islam khususnya dan juga non muslim.Orang orang kafir menuduhnya menggalakkan keganasan sedangkan bukti bukti ceramahnya menyeru kepada perdamaian dan beliau tidak melecehkan mana mana agama

    BalasPadam
  3. itu yang negara india termasuk mereka2 mahukan Dr Zakir dipulangkan ke negara india, apa jua alasan2 yang diberi olih thomas terhadap dr. mahadir, dr. mahadir telah buat yang terbaik khasnya kepada Dr Zakir,
    Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”, tak mahukah pulak dia thomas mengaku telah membuat kesilapan selaku peguam negara membebaskan kesemua penyokong/pengganas LTTE sebagaimana thomas bercerita tentang Dr Zakir dan juga kesalahan2nya selaku peguam negara dalam tulisannya, semua cerita yang baik untuk dirinya, bak kata orang masuk bakul sampah angkat sendiri

    BalasPadam
  4. Kenapa tommy Tak nyatakan di dalam buku dia negara Islam Mana yg tolak Zakir Naik. Tommy ni sembang Kari je. TM bertindak dgn betul. Kes Banglow LGE Tak cerita ke dlm buku dia tu? Pengganas LTTE Tak ada ke dlm buku dia tu? Kes Adib Tak ada ke dlm buku dia tu?

    BalasPadam
  5. Mengapa dancing tomato sibuk mahu menyerahkan pendakwah Islam kepada rejim modi yang sangat bencikan Islam tetapi dia berusaha menyelamatkan penyokong dan talibarut pertubuhan pengganas hindu LTTE dari pendakwaan di mahkamah?

    Mengapa dancing tomato tidak mahu menyerahkan penyokong dan talibarut LTTE kepada kerajaan Sri Langka ?

    Bukankah ini menunjukkan dancing tomato bersikap anti-Islam ???

    BalasPadam
  6. singgah.. saya tak pandai politik :)

    BalasPadam
  7. mujur kerajaan PH tumbang, kini umat melayu perlu sedar siapa PH...mereka kaum minoriti cuba utk menguasai negara ini...merekalah satu kaum yg paling rasist pd bangsanya sendiri...kaum melayu perlu sedar dan belajar utk mementing kaum sendiri....berbuat baik biar berpada....kerjaan hari ini perlu dipertahan oleh seluruh umat melayu....

    BalasPadam