Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan PAS membantu menyelamatkan jawatan saya - Thomas


PAS mungkin berperanan menyelamatkan tugasnya sebagai peguam negara selepas perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad tiba-tiba memintanya berundur.

Menurut Thomas, sehari selepas dilantik menjadi peguam negara pada Jun 2018 Mahathir menyuarakan hasratnya untuk melihat dia meletak jawatan kesan daripada reaksi orang Melayu.

Dalam kata pengantar bukunya Thomas berkata selepas bergelut untuk menulis kenyataan media bagi mengumumkan peletakan jawatannya, dia meminta Mahathir menangani kenyataan itu dan dipersetujui ahli parlimen Langkawi terbabit.

Bagaimanapun katanya Mahathir menukar fikiran pada malam itu.

"Nampaknya satu kenyataan dikeluarkan PAS pada malam tersebut yang menyatakan mereka tidak membantah pelantikan saya - terutama kerana saya pernah mewakili kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan dalam isu tuntutan bayaran royalti minyak ke atas Petronas - mengejutkan Tun (Mahathir)," katanya.

Walaupun nampak ada tanda positif, kata Thomas, dia tidak mahu terlalu berharap.

Ia adalah antara apa yang diceritakan Thomas dalam memoirnya yang baru diterbitkan berjudul Justice in the Wilderness.

Pendirian berubah selepas dilantik

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya hasil PRU ke-14 pada 2018 gabungan itu melakukan beberapa perubahan institusi termasuk melantik orang baru mengisi jawatan peguam negara.

PAS asalnya membantah pelantikan Thomas namun menukar pendirian mereka selepas ia diumum Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang kini dilantik Muhyiddin Yassin menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selepas semalaman, kata Thomas, dia menerima panggilan telefon daripada Mahathir pada jam 7.30 pagi dan memberitahu dia menukar fikiran.

Kata Thomas Mahathir meminta dia menerima jawatan tersebut.

Menurut Thomas, walaupun pada awalnya Mahathir berbelah-bahagi namun pengerusi PH ketika itu memberikan jaminan untuk menyokong penuh pelantikan berkenaan.

"Saya terhutang budi kepada mereka yang memberikan keyakinan - dan mereka tahu siapa mereka - yang bersungguh-sungguh mendapatkan pelantikan saya.

"Agak ironi, PAS juga mungkin menyumbang kepada pelantikan saya dengan kenyataan yang tepat pada masa," katanya.

Pun begitu dalam memoir sama Thomas kemudian mendakwa PAS kemudian berubah dan mereka menyerang mengenai DAP serta memainkan pelbagai isu dengan sentimen perkauman.

Dua hari sebelum angkat sumpah

Selepas pelantikan sebagai peguam negara, kata Thomas, pandangan PAS kepadanya juga memburuk.

Selepas berlaku ketidaktentuan politik ekoran Langkah Sheraton pada akhir Feb tahun lalu, Thomas berkata, peletakan jawatannya adalah satu daripada dua syarat diletakkan Umno dan PAS untuk bekerjasama dengan Mahathir.

Satu lagi syarat yang diletakkan, katanya, ialah agar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng diketepikan daripada jawatan sebagai menteri kewangan.

Untuk rekod ketika itu Mahathir cuba membentuk kerajaan perpaduan yang merentasi sempadan parti.

"Kata Tun mereka sangat marah dengan keputusan saya menggugurkan semua tuduhan ke atas suspek LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam).

"Kata mereka, ia adalah keputusan rasis di pihak saya. Justeru kata Tun saya perlu berundur.

"Kata Tun dia tidak akan menyambung kontrak saya apabila tamat pada Jun 2020, iaitu kira-kira tiga bulan kemudian. Dia yakin Umno dan PAS akan bersetuju dengan tarikh itu," katanya.

Thomas akhirnya meletak jawatan sebagai peguam negara pada 28 Feb 2020.

Kata Thomas tindakan itu dibuat kerana Mahathir mahu dia berundur ketika ahli politik veteran itu masih menjadi perdana menteri - suatu keadaan yang diyakini akan berubah dalam tempoh yang singkat.

Ia terbukti benar apabila dua hari selepas peletakan jawatan itu Muhyiddin pun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

MR : Nampaknya kenyataan PAS boleh membuatkan Mahathir berfikir...



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


26 ulasan:

  1. pas ni,,nak tunjuk baik tidak bertempat. adakah patut, malaysia sebuah negara islam, tiba2 ag adalah orang kafir. di mana ayat2 al quran karim yg melarang org2 islam melantik org kafir menjadi pemimpin dan ketua? ini ag,,,bukan pengetua sekolah....hanya kerana ydpa bersetuju,,terus pas bersetuju..adakah ydpa lebih tinggi maqam daripada al quran pada pandangan pas.? iyalah...pas bukannya maksum pun...banyak buat salah,,terutama politik pas bermusuh dgn umno dahulu,,,salah sama sekali dalam syariat islam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah2 la WASPASA. Tak habis2 dgn PAS. Kes ni Tak ada kena mengena dgn PAS la. Yg ko jeles sangat dgn PAS apahal. Ko ni tentera DAPigs ke? Setiap Kali ada pemimpin PH petik nama PAS mulalah ko meroyan bagai nak tambah perisa Dan cukup rasa bagi menghentam PAS walaupun PAS not involve. Tapi aku faham perasaan ko rasa Bak bela PH tu Ada sebab aku rasa ko suka kalau UMNO akan bersama DAPigs dalam PRU15 nanti.

      Padam
    2. PAS.. pm4 dah puloh tahun tibai .. depa dok kuat situ laa.. rba2.. hentikan laa..

      Padam
  2. memang org india dah ramai jadi peguam...peguam2 ini sangat kuat membela kaum mereka, tak kira kalangan penjahat atau kalanga yg baik...itulah hebatnya kaum india ini...,org melayu sangat jauh ketinggalan dlm soal membela kaum mereka...
    maka itulah umat melayu terus ketinggalan...
    usah lagi terlalu baik, bertolak ansur dgn kaum2 lain yg terus kuat perkaumnan mereka unt bangsa mereka...umat melayu perlu jadi spt org india yg kuat membela, mengutamakan kaum mereka sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam Islam yg benar perlu dibela Dan yg salah Tak wajib di bela.

      Padam
  3. Apa kena mengena perlantikan AG dengan PAS?. AG adalah dicadangkan oleh kerajaan PH dan PAS adalah pembangkang waktu itu.Adalah tidak masuk akal Tun M mendengar kata PAS dalam membuat keputusan. Ye.. PAS bukan maksum dan bila pula PAS mendakwa atau mengaku maksum?. Yang memusuhi PAS adalah pimpinan ameno dan ketika kerajaan Terengganu menyaman kerajaan pusat kerana menarik balik royalti Petronas juga kerana tindakan jahat pimpinan ameno Terengganu. Islam tidak melarang berbaik atau meminta bantuan orang orang kafir selagi mereka tidak memusuhi atau memerangi Islam. PAS lebih rasional dalam membuat kerjasama dan ini membuktikan PAS bukanlah parti jumud,rasis,ekstrem tetapi dalam kebanyakan kerjasama,rakan rakan PAS yang memulakan onar atau tindakan tidak berpegang kepada janji atau mengingkari kesepakatan.

    BalasPadam
  4. MsiaKini tk putus asa..lagakan PAS..huhu

    BalasPadam
  5. itu cerita atau tulisan Thomas dalam memoirnya bertajuk Justice in the Wilderness, nak tunggu pula memoirnya dr. mahadir apa pula ceritanya, tunggulah
    pas telah buat yang terbaik untuk malaysia itu tak dapat disangkal.

    BalasPadam
  6. PAS sentiasa dicemburui.Kenapa?Sebab PAS konsisten pendirian dengan perjuangan Islam.Orang sakit hati dengan PAS kerana PAS tidak mudah ikut telunjuk orang lain.PAS merintah Kelantan 30 tahun tanpa rasuah.PAS paling tenang dalam keadaan banyak parti berebut jawatan dan kuasa.PAS sudah biasa kalah dan menang.Destinasi akhir ialah akhirat

    BalasPadam
  7. berkelahi sesama saudara seagama berpuluh2 tahun sehingga berpecah belah umat islam malaysia, dan hasilnya ketinggalan dgn bangsa lain dlm segenap bidang...adakah ini paskonsisten pejuang islam...apa yg hang dok merapu ni...ayat quran maba yg pas guna, atau hadis mana yg pas ikut..sehingga boleh bermusuhan dgn saudara seagama,,lps tu,,boleh p berbaik dgn kafir dap berpuluh tahun,,dgn tujuan menjatuhkan umno dlm pru..konsisten pejuang islam ka,,konsisten menyeleweng? tp jika hang kata konsisten perjuang agenda parti,,aku setuju 100% ..konsisten perjuang islam,,ini tidak tepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba kamu beri hadis mana atau ayat Al Quraan mana yang sahabat nabi guna sehingga mereka pernah berperang dan berbunuhan sesama saudara seagama.Baca sejarah perang jamal,siffin dll.Permusuhan umno dan pas sekadar permusuhan ideologi politik dan tidak sampai pas membunuh dan berperang dengan orang orang umno...sebaliknya tragedi memali pengikut pas yg jadi mangsa bunuh.Kamu berbohong mengatakan pas berbaik dengan dap berpuluh tahun untuk menjatuhkan umno dan pas berbaik dengan dap adalah bersyarat sepertimana Rasulullah berbaik dengan yahudi madinah juga besyarat.Sejarah membuktikan bahawa tiada pemimpin utama pas menimbun harta melalui politik,terlibat kes rasuah dan salah guna kuasa,politik wang,gila jawatan pm dan lain lain.Lihat tghh,tgna,fadzil nor,yusof rawa dll

      Padam
    2. Setuju dgn Awanama 10:33 PTG. WASPASA no idea to Komen. WASPASA Akan bersukaria bila UMNO bergabung dgn DAPigs. Skrg ni dgn cerita dah ada 20 adun DAPigs lompat ke MCA. Ha ha ha lompat ada makna tu.

      Padam
    3. apa WASPASA..PAS berpuluh tahun dengan dap...wow hwbatnya PAS..cukuplah nak tambah fitnah kes 90 juta dn rm 1.4JUTA yg di cipta amNANAH dan ANWAR MUNAFIK hingga ramai lari dari JEMAAH TIDAK TERBUKTI...syukurlah mereka angkat kaki utk menjilat TOKONG DAPIGS...ya PAS tinggalkan kerjasama dgn DAP bila mereka jadi KADUK naik junjung ulat bulu naik daun...bila mula campurtangan serta memperlekehkan syariat ISLAM.

      Padam
  8. PAS ni tempat orang bergayut dahan bila tengah terdesak. Dah tahu diri sendiri nak kena balun , ha mulalah cari PAS kerana PAS ni orag baik-baik belaka.
    Dari Anwar Ibrahim , sampailah ke Tun Mahathir. Semua gitu.
    PASlah yang jadi punching bag , PAS lah juga tempat nak disalahkan.
    Sebab apa ? Sebab kita ni orang beriman.

    Nanti bila nak mati , orang PAS jugaklah yang kamu cari utk solat jenazahkan diri kamu.

    Adeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...pas
      dituduh pecah belahkan orang melayu dan Islam sedangkan dalam klausa perlembagaan pas, tiada pun pas menyeru pengasingan,mengkafirkan orang lain.Tiada juga ditemukan dalam mana mana ucapan pemimpin dan ulama pas menyeru perkataan berkenaan.

      Padam
  9. Masa hidup benci geng lebai.macam2 kata.Masa mati cari geng lebai jugak nak urus jenazah.Kenapa tak panggil geng DAP yang dikasihi tu?

    BalasPadam
  10. Aku seronok baca ayat2 pembenci PAS.Marah sangat kepada PAS, macam2 kata.Tadak pula hentam,benci dan meluat dengan DAP.PAS ajak mungkar ker?PAS ajak maksiat ker?Marah dan benci sangat pada PAS sebab PAS tak bersedia nak ikut punggung DAp seperti PAN.manusia sakit jiwa.Kasih kepada yang kufur tapi benci kepada sesama Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang cakap apa ni,,? org dok bercakap bab pendrkatan politik pas,,yg hang nak suruh bercakap tentang kapiag dap tu buat apanya? hang faham ke dak perbincangan ni?

      Padam
  11. Musuh Islam sangat membenci parti Islam PAS kerana PAS berusaha menyatu-padukan umat Islam supaya umat Islam menjadi lebih kuat dan kukuh dan tidak boleh dikencing dan ditindas oleh musuh Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat anjing kurap ternakan musuh Islam menyalak histeria menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS.

    BalasPadam
  12. pentaksub fanatik pas mana mahu mengaku kesilapan pas. tapi mengaku bahawa pas bukan maksum, tapi ego org pas,,bukan kepalang. ke mana perginya kata2 keramat " umno adalah musuh utama kita,,ke mana perginya " umno memperjuangkan asabiyyah,( pada hal, bukan dia reti maksud asabiyyah yg bagaimana islam larang tu ) asabiyyah ditentang islam, nabi saw tidak mengaku umat..nama kata umno,,sekalipun tinggal aku sorang , tetap aku lawan.." bla bla...akhirnya bersatu dgn umno juga. ini bukti, pendekatan politik pas tidak menepati syariat selama ini...apa..permusuhan ideologi politik pas dan umno itu dibenarkan oleh syarak ka? bukankah hasil permusuhan ideologi ini membawa kpd permusuhan dalam semua aspek kehidupan org2 pas dan umno berpuluh tahu . tragedi memali, kafir mengkafir, aqad nikah dua kali, pulau memulau, maki hamun di antara ahli, bertumbuk diwaktu kempen pasang poster pru,tukar tempat kerja, disekat bantuan jika ahli pas,, dll,,,dari mana semua ini berpunca? ini bukti perbezaan ideologi politik pas dan umno tidak syarie. adapun perselisihan di kalangan para sahabat r.anhum ajmaien,,hang jgn dok nak qiyaskan atau nak samakan dgn perselisihan pas dan umno no,,ibarat jauh langit dsn bumi. adakah para sahabat berpakat dgn org kafir? mcm pas berpakat dgn dap satu ketika dahulu ? hang pa toksah dok taksub dgn pas sangat lah,,,aku pun ahli pas jugak,tapi bukan ahli pentaksub taqlid yg tak tahu guna akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ko asyik nak lagakan PAS Dan UMNO. Ko sakit Hati sangat bila PAS Dan UMNO bekerjasama utk mempertahan Islam Dan hak2 org Islam. Sudah2 la tu. Insaf la, org semua tahu cerita PAS Dan UMNO dulu. Tak payah la ko nak curah Minyak lagi. Rata2 rakyat lebih utamakan perpaduan org Melayu drp berbaik2 dgn DAP yg Ada agenda tersendiri utk kaun mereka utk menjadi tuan kt Malaysia. 22 bulan DAP memerintah sudah cukup tersiksa. Cheh Tak da nya ko ahli PAS. Kalau ahli PAN tu aku pasti.

      Padam
    2. ada ka aku nak lagakan2 umno dgn pas. bahkan aku bercakap mengenai kemestian pas bekerjasama dgn umno,,pas boleh berhenti daripada politik kuno berpuluh tahun memaki hamun umno yg merupakan saudara sebangsa dan seagama sejak seblm pru 14 lagi,aku hadir ke perhimpunan perpaduan ummah,,pertama kali jijak kaki dlm bangunan umno,,menitis air mata melihat ukhuwwah ahli2 pas dan umno kembali bertaut,,menitis air mata apabila menyaksikan permetrian piagam MN....aku org yg sangat gembira apabila umno dan pas bersatu,,,jgn nak menuduh aku ini pan pencacai babi dap tu...jika begitu pandangan hang,,memang hang tak reti nak faham topik perbincangan,kerana hang ahli pas totok , taksub tidak bertempat, tak boleh terima kritikan terhadap pas....sudah2 la taksub buta sikap ahli pas zaman kuno tu.

      Padam
  13. RBA roket yg bernama waspasar sedang sibuk menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan parti Islam kerana puak kafir harbi roket benci Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  14. waspasar.. cukup nombot kang.. iam laa..

    BalasPadam