Header Ads

ads header

Flash News

KPM disaran tangguhkan SPM hingga Covid-19 reda


Sekumpulan anak muda yang mewakili beberapa pertubuhan mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang dijadual berlangsung bulan depan.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan itu mereka berkata tarikh lain yang bersesuaian wajar ditetapkan dan ia mestilah selepas kes Covid-19 dapat dikawal dan benar-benar selamat buat pelajar.

Kenyataan itu dikeluarkan Albert Lee dari Biro Pendidikan Pemuda PKR (AMK), Kiran Raj Sathivel (anggota Parlimen Belia Malaysia), Calvin Yeoh (Young Democrats Malaysia), M Jay Raj a/l P Muresh (Enlight Malaysia), Ooi Mei Mei (Untuk Malaysia) dan Irfan Mahzan Untuk Malaysia (Pertubuhan Demokrat Sosial - Demuda).

"Kami ingin mencadangkan kepada Menteri Pendidikan Radzi Jidin supaya SPM peperiksaan awam itu ditunda kepada tarikh yang bersesuaian.

"Tarikh ini haruslah selepas bilangan kes kovid telah terkawal dan selamat untuk pelajar menduduki peperiksaan tersebut," kata mereka.

Disebabkan penularan wabak Covid-19, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang sepatutnya diadakan pada 2020 ditunda kepada 22 Feb tahun ini, manakala peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan bermula pada 8 Mac.

Pindaan tarikh peperiksaan itu membabitkan 400,445 calon SPM, 92,964 calon STPM, 23,313 calon SVM dan 7,996 calon STAM.

Bagaimanapun kenyataan bersama yang dikeluarkan itu tidak menyentuh mengenai peperiksaan SVM, STAM dan STPM.

Kata mereka warga pendidik juga haruslah memberikan peluang kepada golongan B40 yang terganggu pembelajaran mereka pada tahun lalu untuk mengulang kaji apa yang mereka tertinggal.

"Pelajar dari golongan keluarga B40 khasnya tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian disebabkan ibu bapa tidak mampu untuk membeli komputer kepada kegunaan anak masing-masing.

"Maka, golongan pelajar terbabit tidak dapat mengikuti silibus tersebut, dan akhirnya mereka tidak dapat menyiapkan diri untuk menduduki SPM akan datang," kata mereka.

Masalah itu, kata pertubuhan berkenaan, bukan saja berlaku kepada golongan B40, malah persediaan seluruh calon SPM juga terjejas.

"Bilangan kes Covid-19 di Malaysia sekarang juga membimbangkan ibu bapa ataupun penjaga calon SPM.

"Ini juga akan mengakibatkan tekanan mental kepada pelajar dan ibu bapa," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Terdapat segelintir guru di sekolah rendah tdk melakukan pdpr semasa penutupan sekolah terutama bagi hujung... Para pelajar dinafikan haknya sebagai murid di negara ini. KPM harus mengkaji dan mengambil langkah pro akrif bagi menangani isu ini

    BalasPadam
  2. Terdapat segelintir guru di sekolah rendah tdk melakukan pdpr semasa penutupan sekolah terutama bagi hujung... Para pelajar dinafikan haknya sebagai murid di negara ini. KPM harus mengkaji dan mengambil langkah pro akrif bagi menangani isu ini

    BalasPadam