Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah Tinggi akan dengar kes saman dakwa Hadi atas hasutan


KUALA LUMPUR:
Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir akan mendengar saman difailkan dua individu dari Sabah yang mahu Peguam Negara mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas tuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap penganut Kristian.

Semasa pengurusan kes hari ini, Akhtar berkata, beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu walaupun daripada Bahagian Sivil.

“Hakim menetapkan 29 Jan untuk pengurusan kes lain melalui perbicaraan maya untuk mengeluarkan arahan dan pematuhan lebih lanjut,” kata peguam R Kengadharan, yang hadir untuk Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian.

Kengadharan berkata, susulan keputusan Akhtar, dia menarik balik permohonan Maklin dan Lawrence untuk memindahkan kes itu ke Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

“Kami ingin memindahkan saman itu ke bahagian tersebut kerana klien saya memohon bantuan deklaratori yang melibatkan isu perlembagaan,” katanya.

Maklin, 48, dan Lawrence, 64, ingin perisytiharan bahawa Hadi melakukan kesalahan itu bawah Seksyen 3 Akta Hasutan, dan juga dia tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Hadi, duta khas ke Timur Tengah, juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam saman awal mereka, kedua-duanya mendakwa Hadi membuat kenyataan hasutan terhadap penganut Kristian dan/atau mubaligh Kristian dalam organ PAS, Harakah, pada 18 Jan 2016.

“Sudah lebih dari empat tahun sejak defendan (Hadi) mengeluarkan kenyataan itu tetapi dia tidak didakwa,” kata mereka.

Dalam afidavit untuk menyokong tindakan itu, mereka juga berkata, kenyataan Hadi turut disiarkan oleh FMT pada hari sama.

“Kami dengan hormat percaya bahawa defendan telah membuat kenyataan yang tidak berasas dan menimbulkan tanggapan buruk terhadap orang Kristian dan/atau mubaligh Kristian yang telah menjadi isu kepentingan awam,” kata mereka.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Carilah apa-apa isu yang boleh merobek PAS kerana sakit hati kepada PAS. PAS kelihatan tenang dalam kecoh yang ada. Selagi PAS diikat dengan Islam,selagi itulah pimpinan PAS tolak keangkuhan dan sombong.Moga Allah memberkati TGHH

    BalasPadam
  2. sikap masyarakat non muslim terhadap islam amat jelas ini lah terima kasih mereka kepada muslim msia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yahudi dan kristian adalah amat jelas satu agama yang kufur kerana tiada mana mana nas menyebut bahawa ada Rasul yang menganut atau menyampaikan ajaran tersebut. JIka ada yang mengatakan mereka itu agama samawi,maka jelas ianya adalah satu pembohongan yang besar kepada umat Islam kerana tiada dalil Rasulullah dan Allah menerima agama karut tersebut. Agama yang diturunkan kepada orang orang Yahudi dan Nasrani juga Islam. Bacalah sirah nabi Ibrahim,Musa,Isa dan lain lain. Jika ada yang menyebut Islam hanya bermula dari zaman Rasulullah SAW maka itu adalah satu penyelewengan sejarah sebenar

      Padam