Header Ads

ads header

Flash News

Masyarakat India terharu Kedah lulus tapak kuil


ALOR SETAR
: Masyarakat India menyambut langkah kerajaan Kedah meluluskan tapak bagi membina kuil Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) K Kumaresan berkata, masyarakat India teruja di atas keprihatinan kerajaan negeri meluluskan tapak kuil bagi membolehkan penganut Hindu membina kuil di situ.

Katanya, ramai masyarakat India di Kedah merakam ucapan penghargaan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kerana bersedia meluluskan tapak kuil tersebut.

“Tidak kurang juga yang menzahirkan sokongan terhadap Menteri Besar di atas keprihatinannya menjaga hak semua kaum dan agama di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Selasa lepas Menteri Besar mengumumkan kerajaan Kedah sedia menimbangkan kelulusan tapak kuil untuk penganut agama Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Tahun lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh kuil yang dibina di tanah milik kerajaan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Berikutan itu, ada parti tertentu yang mewakili masyarakat India membantah tindakan tersebut sehingga menganggap Menteri Besar Kedah sebagai rasis.

K Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar (Hal Ehwal Masyarakat India) memberitahu ramai penduduk India menghubunginya bagi merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 13/1/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan