Header Ads

ads header

Flash News

Menteri Perpaduan Halimah Sadique positif Covid-19


PETALING JAYA:
Menteri Perpaduan Nasional, Halimah Mohamed Sadique, disahkan positif Covid-19.

Beliau anggota Jemaah Menteri terbaru yang dijangkiti virus ini.

Dalam satu kenyataan kementerian, Halimah sedang dirawat di Johor dan keadaannya dipantau oleh Kementerian Kesihatan.

“Halimah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 18 Jan lalu dan telah disahkan positif oleh KKM pada hari ini,” katanya.

Kementerian Perpaduan juga berkata sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementeriannya berjalan dengan lancar.

“Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Mohd Harun; dan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, disahkan positif.

Pada 13 Jan, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, disahkan positif.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan