Header Ads

ads header

Flash News

Nafi beliau calon PM, Tok Mat kata berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding Covid-19



PETALING JAYA:
Mohamad Hasan menafikan laporan berita konon beliau dipilih sebagai calon perdana menteri daripada gabungan Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan presiden Umno itu menyifatkan penyebaran berita palsu lebih cepat berbanding penularan wabak Covid-19 sambil meminta orang ramai berhati-hati.

“Sila ambil maklum, ini adalah berita palsu (beliau dipilih calon perdana menteri MN). Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19, berhati-hatilah,” katanya yang memuat naik laporan berita palsu itu di Facebooknya.

Penafian itu turut memaklumkan isu calon perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Laporan palsu itu yang disiarkan pada 22 Jan lalu turut mendakwa, MKT Umno bersetuju menamakan Mohamad sebagai calon perdana menteri MN dan mendapat undian tertinggi berbanding calon lain.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kalau betul pun, ramai rakyat yg sokong. Calon layak menang.

    BalasPadam
  2. Susuk tubuh yang ada aura serta layak memegang teraju umno ialah tok mat

    BalasPadam
  3. ada ramai tokoh lain lagi utk jadi PM...,spt khari jamaluddin, hishamuddin Tun husin Onn, azmin ali dan ramai lagi...lebih2 dari kalangan gulungan muda...
    malaysia perlu berubah ikut keperluan zaman.., agar tdk ketinggalan jauh kebelakan spt sejak malaysia dipimpin oleh najib....najib punca kemunduran negara malaysia...langsung tidak amanah....

    BalasPadam