Header Ads

ads header

Flash News

Nazri Aziz positif Covid-19




Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak Covid-19.

Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 12 Jan lalu, Nazri melakukan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Susulan empat hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak yang hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.


Sementara itu, Nazri berkata dia kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.

“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru....,” katanya lagi.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ya Allah, biar aje mampos manusia yang tak ada manfaatnya utk Ummah dan agama Islam ini.

    BalasPadam
  2. Aritu Ku Li, skang Nazri ni plak... Geng2 ni dpt cash dr tuhan agaknya..

    BalasPadam