Header Ads

ads header

Flash News

Negeri Sembilan benar salat Jumaat ikut kapasiti masjid, SOP ketat, kata mufti


PETALING JAYA:
Pelaksanaan salat Jumaat dan fardu di Negeri Sembilan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dibenarkan dengan kehadiran jemaah berdasarkan kapasiti ruang masjid dan surau.

Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad, mempertahankan keputusan itu dengan berkata, walaupun kebenaran itu diberikan, namun semua jawatankuasa masjid dan surau diminta mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Sebenarnya tidak apa yang baru. Negeri Sembilan hanya meneruskan kebenaran salat Jumaat yang dahulu (membenarkan kehadiran mengikut kapasiti) dengan mengetatkan SOP yang dipantau oleh JHEAINS dengan kerjasama pihak polis,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas klip video tular semalam yang dirakam seorang pemandu kononnya kebenaran salat Jumaat di sebuah masjid di Kampung Sentosa, Seremban tidak mengikut SOP PKP.


Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad.

“Masa (PKP) Covid-19 boleh ke ratus-ratus orang masuk masjid begini? Untuk apa? Orang lain duduk rumah. Ini SOP apa? Ada yang tak pakai topeng, ada yang pakai,” kata pemandu berkenaan dengan merakam video orang ramai keluar masjid selepas salat Jumaat semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya turut hadir membantu JHEAINS memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan untuk salat Jumaat.

“Memang SOP dipantau oleh pihak Majlis Agama dan kita (polis) hanya bantu. Peraturan dibuat oleh majlis. Saya difahamkan sememangnya mereka ada (SOP).

“Kita bantu dan SOP pematuhan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri,” katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sebelum ini memaklumkan pelaksanaan salat Jumaat dan fardu di negeri itu sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP dibenarkan dengan kehadiran jemaah berdasarkan kapasiti ruang masjid dan surau.

“Jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri yang bersaiz besar, memakai pelitup muka, perlu mengambil wuduk di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah dalam ruang utama masjid sahaja,” kata Aminudin.

Beliau berkata, rumah ibadat bukan Islam pula dibenarkan mengadakan aktiviti sembahyang sahaja dan tidak dibenarkan mengadakan acara sambutan, majlis perayaan serta perkahwinan.

Kebenaran jemaah salat di masjid adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

#sumber
FMT

MR : Terengganu hanya 40 orang aje.. nampaknya kena banyak belajar lagi memahami situasi

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan