Header Ads

ads header

Flash News

Pas konsisten tolak kerjasama dengan DAP


SHAH ALAM
- Pas mengulangi pendirian untuk menolak kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang ekstrem dan suka mencampuri urusan orang Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap itu sudah ditunjukkan parti berkenaan ketika bersama dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Pengalaman kita dengan DAP, dia sering kali campur tangan dalam urusan untuk pelaksanaan (undang-undang Islam), padahal ia hanya melibatkan orang Islam.

"Bila kita hendak laksanakan hukum Islam mereka gelabah. Mereka tidak setuju padahal kita tidak ganggu hidup mereka (tetapi) mereka ganggu hal kita.

"Jadi sebab itu kita tolak kerjasama dengan DAP (dan) menolak kawan-kawan yang kita rasa yang mesra dengan DAP, " katanya pada program bual bicara Minda Profesor Negara 'Bicara Negarawan' Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita? yang disiar secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerjasama antara Pas dan DAP ketika dalam Pakatan Rakyat yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini hanya bersifat untuk mendapat kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata.

"Bila sampai hendak realisasikan Perlembagaan terdapat percanggahan (oleh DAP) contohnya kita hendak tegakkan Islam dalam perlembagaan," katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Pan KHIANAT yamg amNANAH serta P arti K hianat R eformasi DAN PENYOKONG2 masih menjilat tokong2 DAPIGS yang dianggap SUCI DAN mula dijangkiti umNO jika tidak diBENDUNG segera.

    BalasPadam
  2. semua orang melayu khasnya rakyat malaysia mesti kena tahu apa kah tujuan parti amanah diujudkan dan parti mana yang mengdokong, mengrestu dan mungkin juga membiayai penubuhan amanah

    BalasPadam