Header Ads

ads header

Flash News

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi



KUALA LUMPUR:
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.

"Kita (Pas) berharap dua (parti) ini (UMNO dan Bersatu) bergabung. Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15," katanya ketika menjadi tetamu dalam talian rancangan Bicara Negarawan anjuran
Majlis Porfesor Negara dengan tajuk Masa Depan Malaysia; Ke Mana Kita? hari ini.

"Kita utamakan parti gabungan orang Melayu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat dan pada masa sama juga melibatkan masyarakat majmuk. Sekiranya orang Melayu berpecah, akan berlaku kecelaruan," katanya.

-- BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. sangat setuju dengan presiden pas tghha. cumanya,,ppbm perlu cerminkan diri,,siapa mereka ? ppbm jgn melampau2 minta kerusi pada pru 15 nanti. Mereka tiada kekuatan sebenarnya, menang pd pru14 adalah hasil :
    - undi cina.
    - undi melayu yg terbodoh dgn diayah dan fitnah ph pimpinan babi dap dan dibantu pan dan pkr baruwah dap.
    jadi, ppbm dah hilang terlalu banyak undi. maka, formula terbaik pd pru 15 nanti senang sahaja..
    - kerusi yg dimenangi umno,pas dan ppbm pd pru 14, hendaklah diberi kpd parti tersebut tanpa syarat.
    - kerusi yg dimenangi ph atas calon pan,dap dan pkr,,lihat kpd jumlah undi diperolehi pas dan umno..siapa yg banyak, maka parti tersebut diberi kerusi ( namun, pas dan umno boleh berbincang secara baik dan boleh berkompromi )
    - kerusi umno yg lari ke ppbm,,mesti diberi kpd umno,,ini adalah lojik yg siapa pun tak boleh pertikaikan,,dan ini lah yg tak dapat diterima oleh ppbm..sbb itu,,ppbm kena cermin diri sblm menuduh umno tamak la, nak jd abg besar la...ini semua provokasi baruwah2 dap,,yg sebenarnya menjadi tokong dan abg besar ialah dap.

    BalasPadam