Header Ads

ads header

Flash News

Pelajar positif Covid-19, 144 pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin


PETALING JAYA:
Seramai 144 pelajar yang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis dikuarantin selepas seorang pelajarnya dikesan positif Covid-19 pada Selasa.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, daripada jumlah itu 142 pelajar perempuan menjalani kuarantin di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki di asrama sekolah berkenaan.

Katanya, pemindahan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan semua pihak.

“Ia melihat kepada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang (sehingga kini).

“Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke hospital,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Katanya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan setelah mengadakan perbincangan bersama termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin,” katanya.

Semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan dan STPM memulakan sesi persekolah secara bersemuka bermula hari ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan