Header Ads

ads header

Flash News

Pemecatan Annuar Musa: UMNO semakin tidak sabar lagi nak PRU- Penganalisis politik


KUALA LUMPUR:
Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia jelas menjadi petanda UMNO sudah tidak sabar lagi untuk memasuki fasa pilihan raya umum itu.

"Saya melihat ini adalah satu tindakan yang cukup tegas dilakukan BN dan UMNO untuk menentukan pendirian mereka menjelang PRU15. UMNO juga semakin tidak sabar lagi untuk masuk PRU dengan mengambil tindakan cukup keras terhadap Setiausaha Agung BN itu sedangkan kita berhadapan kemelut pembahagian kerusi, dan sebagainya.

"Bagi saya apa yang boleh dilakukan oleh parti politik di pihak kerajaan iaitu bersiap sedia menghadapi PRU15 pada bila-bila masa kerana langkah UMNO sebagai parti yang cukup dominan dalam PN itu perlu diteliti dan difahami dengan mendalam, adakah kita bersedia atau tidak berhadapan dengan PRU15," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Selasa.

Pada masa sama katannya, kemelut yang berlaku disebabkan kerapuhan antara kerjasama parti-parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

"Bagi saya apa yang berlaku ini adalah kerapuhan antara kerjasama parti-parti komponen MN dan PN. Mereka sebenarnya mengalami satu kelemahan komunikasi antara satu sama lain.

"Ini perlu diperbaiki kerana rakyat memerhati apa yang dilakukan kerajaan dan parti-parti komponen PN. Rakyat akan menghukum pemimpin yang gagal menjalankan amanah mereka sebagai pemimpin," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau melihat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan Presiden UMNO itu mula menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan anggotanya.

"Ini kerana sebelum ini ahli UMNO dan rakyat keliru ke mana arah tuju UMNO hendak dibawa, adakah menyokong PH, atau PN? Kadang-kala kita dapat makluman, nak bina kerajaan baharu dengan parti pembangkang, tetapi apa yang dilakukan Zahid tidak dapat dikesan dengan baik, sedangkan rakyat mahu tahu bagaimana ia ditentukan oleh UMNO," tambahnya lagi.

Katanya, ahli UMNO mahu pendirian yang cukup tegas diterjemahkan oleh seorang pemimpin parti.
Ia berikutan ketegasan pada saat-saat akhir hanya akan membuatkan anggota parti akan hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid.

"Kita tidak boleh biarkan satu bahtera politik itu tidak mempunyai seorang ketua yang boleh mengemudi bahtera itu ke arah yang lebih baik, sedangkan ahli-ahli itu memerlukan pemimpin yang lebih sampai ke tahap yang hebat seperti sebelum ini.

"Kalau di hujung-hujung baru nak dilakukan ketegasan, saya gusar ahli UMNO itu sendiri akan menolak Zahid pada masa akan datang," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Zahid sedang menjunamkan umno dan memesrakan rakyat dgn pas dan bersatu.

    BalasPadam
  2. yang tersurat umNO SOKONG BELANJAWAN...yang tersirat umNO membunuh P N dan M N.Berpura2 menolak cadangan Ku li tempohari...RASA masih HEBAT dan tidak SEDAR DIRI hampir BERKUBUR pru 14..Bangun bagai POCONG mencari talian hayat..selepas tercapai membakulsampahkan mereka yg membantu...prinsip DULU KINI SELAMANYA akan mengKHIANATI.

    BalasPadam
  3. Cukup-cukuplah mengampu dan memuji pemimpin-pemimpin keris telanjang yang sedang memecah-belahkan dan melemahkan perpaduan umat Islam (seperti yg dikehendaki oleh puak kafir harbi roket) semata-mata untuk menyelamatkan sebilangan pemimpin korup dari pendakwaan dan hukuman penjara.

    Apakah jenis parti yang boleh diperalatkan untuk menyelamatkan pemimpin korup dari pendakwaan dan hukuman mahkamah ?

    BalasPadam
  4. SINGKIR AJE ZAHID HAMIDI DAN PEMIMPIN UMNO YANG ADA MASAALAH DI MAHKAMAH BUAT SEMENTARA WAKTU SAMPAI DIKETAHUI BERSALAH @ TIDAK...SEPATUTNYA PEMIMPIN SEPERTI INI ADA RASA MALU UNTUK PEGANG JAWATAN TINGGI DALAM U M N O !!!!!..ITU AJE JALAN PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK HAYAT U M N O !!!!!

    BalasPadam
  5. Keghairahan umno akan makan diri...tak mustahil umno akan kalah teruk dlm pru akan datang ini...masakan rakyat membenarkan parti korup itu nengurus negara...negara akan terus mundur 15 kebelakang jika umno jadi kerajaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang buta ka? 22 bulan babi dap perintah,,hampir hancur negara yg selama ini makmur di bawah kerajaan bn yg ditunjangi umno.

      Padam
  6. Pemimpin gunakan nama akar umbi untuk menjayakan cita2.
    Yang sebenarnya pimpinan bahagian yang kepanasan kerana tak dapat bahagian.
    Akar umbi dah letih berseteru sesama agama dan bangsa
    Takkan nak bebaik dengan kapiaq

    BalasPadam
  7. bodoh melayu berpolitik tak habis?. jika begini feel melayu yg suka berhantakan sesama sendiri,,( masing2 nak tunjuk cerdik,,padahal bodoh mcm lembu )..sikit2..zahid,,sikit2 najib, umno...yg babi dap teroka tanah haram di pahang hampir sama luas dgn singapura,,babi dap jual hotel2 tabung haji dll,,haram hangpa tak peduli..kira nak humban org melayu ke penjara ,,keadilan kunon...yg hindu bunuh melayu adib tu apa cerita dah,,sejuk..? tapi jika melayu,,,hangpa dah hukum humban ke penjara,kes masih dibicarakan. Tak lama,jika begini feel org melayu main politik,,cina dan hindu kapiag akan tawan putrajaya kembali...tunggu saja lah...

    BalasPadam