Header Ads

ads header

Flash News

Pengkhianatan Teruk Tun Dr Mahathir Kini Terdedah


Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

(1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.
 
 
Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:

(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka.

Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. di dalam bukunya tulisan Tan Sri Tommy Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness”, tak tahu Tan Sri Tommy Thomas ada bercerita perletakan dr. mahadir pun memang ditunggu2 beberapa puak tertentu dalam ph, dan Tan Sri Tommy Thomas pun patut juga mengulas mereka(puak tertentu dalam ph) telah dapat apa yang mereka mahukan

    BalasPadam
  2. Untuk memulihkan nama yang sudah tercalar dgn pelbagai isu mahkamah..

    BalasPadam
  3. Dari tahun Lepas sampai ke tahun 2021,asyik2 cerita Tun mahathir.udah2 lah.macamlah Malaysia ni sengkek sangat sampai takda seorang pun yg boleh jadi PM.awat hebat sangat ke tun Tu.
    Negara luar semuanya sibuk nak atasi covid,dok sibuk Cari anti virus,dok sibuk nak Naik Kan ekonomi,tapi malang bagi Malaysia orang politik sibuk nak kuasa.rakyat tengah Susah,depa dok sibuk dgn jawatan.
    Sudah2lah.carilah bahan berita yg boleh mencerdikkan bangsa malaysia.bukan cerita basi tun M yg tiada kesudahan.

    BalasPadam
  4. Cerita apa yang boleh mencerdikkan bangsa malaysia?..adakah cerita bang non yang tiada ending dengan nombornya kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. anuar ibrahim sampai bila2 tak mungkin akan jadi PM....
      jika anuar, banyak buruk dari baiknya...,rugi bangsa malaysia dan umat melayu Islam amnya...

      Padam
  5. Tang ni aku nak berterima kasih kpd TM kerana Tak mahu Wan Azizah jadi PM. Kalau Wan Azizah jadi PM DAP Akan lebih bermaharajalela di Malaysia ni. Alhamdulillah syukur Wan Azizah Tak jadi PM mesti ada hikmah disebalik Omar yg dibuat TM dlm PH

    BalasPadam
  6. Terima kasih Atuk kerana Atuk telah berjaya sabotaj dan menggagalkan rancangan jahat musuh Islam dan khadam-khadam liberal mereka.

    BalasPadam
  7. Tun telah menyelamat maruah umat melayu Islam...,jika tdk kerana Tun, PH tak mungkin tumbang....ramai puak tommy dlm PH tumbang, siapa tommy utk menyatakan TUN pengkianat....
    tindakan Tun adalah sangat tepat demi bangsa umat melayu Islam negara ini....

    BalasPadam