Header Ads

ads header

Flash News

PH akan sertai jawatankuasa darurat


Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan tiga nama untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa bebas yang akan segera ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tempoh darurat.

Bercakap pada sidang media dalam talian hari ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengatakan PH telah menerima penjelasan daripada Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan mengenai jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka mengemukakan tiga calon PH hari ini.

Menurut pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari, jawatankuasa itu akan terdiri daripada kumpulan ahli parlimen kerajaan serta pembangkang, selain pakar.

“Saya memberikan komitmen yang tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik saja jawatankuasa khas bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak Covid-19 dah reda atau pulih sepenuhnya, dan pilihan raya dah selamat untuk diadakan," kata Muhyiddin ketika itu.

Apakah PH telah diberitahu tentang terma rujukan masih belum dipastikan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. PH tdk perlu ke dalam jawatan kuasa dharurat...biarlah kerajaan hari ini buat kerja demi kebaikan utk rakyat...jika PH tak puas hati..,buat lah spt biasa bangkang, bantah apa saja yg kerajaan buat....
    sudahnya PH akan terus menyalak bukit...,apa faedahnya mereka ini kpd rakyat..?

    BalasPadam
  2. Ph pakatan haru biru

    BalasPadam