Header Ads

ads header

Flash News

Sebagai orang tengah memang memerlukan pengorbanan, PAS perlu bersabar


Untuk menjadi mediator (orang tengah) yang berkesan, maka ciri utama adalah tidak berpihak atau sekurang2nya dilihat tidak berpihak.

Sebagai contohnya apabila Malaysia menjadi mediator bagi rundingan damai Selatan Filipina, kita benar-benar menunjukkan sisi neutral apabila menjadi perantara antara kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Walaupun kita sebagai negara Islam (atau sekurang2nya negara yang dipimpin oleh orang Islam) sudah tentulah mempunyai kecenderungan bagi menyokong MILF yang berakidah sama, tetapi tugas mediator memerlukan kita memposisikan diri sebagai pihak yang bebas.

Sebab itu walaupun berlakunya insiden keganasan di Mindanao ketika tempoh rundingan, Wisma Putra sedaya upaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengecam mana-mana pihak.

Kerana apa? Kerana tugas Mediator adalah sebagai pemudahcara. Mediator bukannya hakim yang boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak.

Akhirnya perjanjian damai antara MILF dan Filipina berjaya dimeterai pada 2012 dan 2014 sekaligus menamatkan konflik selama 40 tahun. Perjanjian ini juga dilihat banyak pihak sebagai menguntungkan MILF.

Tetapi sudah tentulah ada harga yang Malaysia perlu bayar. Sebahagian pasukan pemisah termasuk Moro National Liberation Front (MNLF) tidak berpuas hati sehingga mengakibatkan serangan saki baki Kesultanan Sulu ke atas Lahad Datu pada 2013.

MNLF dikuasai oleh suku Sulu (Tausug). Sementara MILF dikuasai oleh suku Maguindanao. Kedua-duanya bersatu dahulu sebelum sebahagian pimpinan MNLF keluar dan menubuhkan MILF pada 1977.
Begitulah kaedah jika kita benar-benar mahu menjadi 'orang tengah'. Politik antarabangsa dan politik domestik ini hukumnya sama.

Tapi kalau dari awal sebahagian kita suka keluarkan kenyataan yang berpihak, desak satu pihak yang lain untuk terima naratif kita, sentiasa mahukan satu pihak untuk berkorban sementara satu pihak lagi jalan melenggang, macammana rundingan itu akan berjaya?

Menjadi orang tengah memang memerlukan pengorbanan. Menjadi orang tengah memang menyakitkan. Menjadi orang tengah memang sentiasa akan dilukakan.

Kerana sesungguhnya harga syurga itu tidak pernah murah
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Manir Kuala Terengganu




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan