Header Ads

ads header

Flash News

Semakin genting - 3,027 kes baru, 8 kematian


Penularan wabak Covid-19 semakin genting di negara ini dengan 3,027 kes baru dilaporkan setakat ini. Semalam, Malaysia merekodkan 2,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berada pada 25,742 kes manakala jumlah keseluruhan kes pada 128,465.

Semalam, dia memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19, dengan mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih "disasarkan" untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Katanya, sistem penjagaan kesihatan kini bergelut dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada "tahap genting" (breaking point).

Perangkaan hari ini, menunjukkan Johor mengatasi negeri-negeri lain dengan 1,103 kes manakala Selangor pula mempunyai 706 kes.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Sabah (493), Kuala Lumpur (316), Pulau Pinang (111), Kelantan (66), Perak (59), Kedah (30), Pahang (25), Putrajaya (17), Sarawak (14), Melaka (11), Terengganu (10) dan Labuan (3).

Hanya Perlis yang tidak mempunyai sebarang kes.

Sementara itu, daripada keseluruhan 3,027 kes baru hari ini, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 2,145 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 102,723 atau 79.96 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19," katanya.

Daripada jumlah itu tujuh mangsa adalah warga negara.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 521 kes atau 0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. JIKA MALAYSIA MELAKSANAKAN PRU 15 DALAM MASA LINGKUNGAN PANDEMIK C 19...BALA BAGI RAKYAT MALAYSIA UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN KETUANAN MELAYU SERTA RAJA2 MELAYU BERPERLEMBAGAAN...KALAU XPERCAYA...DIPERSILAKAN KEPADA PARTI YANG KUNUNNYA PERJUANGAN BANGSA MELAYU BUAT SESUATU KEPADA P N...KALAU BERANI !!!

    BalasPadam
  2. Punca UTAMAnya TYT SABAH dan SHAFIE AFDAL gila nak kekalkan KUASA dan buat PRN Akhirnya kena BEDAL.lantas KKM dan MKN beri kelonggaran berkempen tanpa dip;erketatkan...begitu juga kelonggaran yg diberi rentas daerah negeri sekarang telah diambil kesempatan rakyat dgn istilah PEDULI APA dan MATI diMANA2 pun...tanpa kasihan pd frontliner diri sendiri dan masyarakat keliling.

    BalasPadam