Header Ads

ads header

Flash News

Tukar perdana menteri ketika darurat ‘kerja mengarut’, kata Hadi


PETALING JAYA:
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan menukar perdana menteri pada saat negara melaksanakan perintah darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 sebagai “kerja mengarut”.

Katanya, ia juga boleh mengganggu usaha kerajaan melindungi rakyat daripada wabak Covid-19 dan patut ditolak serta diambil tindakan tegas.

“Perkara yang tidak patut kita buat pada masa ini (darurat). Berbalah siapa nak jadi perdana menteri, nak lantik siapa perdana menteri, nak cukupkan undi sokongan Ahli Parlimen.

“Ini semua kerja mengarut, tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat.

“(Kumpulan) ini mesti ditolak, dicegah dan apa-apa sahaja langkah yang boleh mengganggu proklamasi darurat (oleh kerajaan) mesti ditangani dengan peraturan yang tegas,” kata Hadi tanpa menamakan mana-mana pihak.

Hadi berkata demikian dalam ucapan penutup seminar berkaitan perisytiharan darurat bertajuk, “Proklamasi Darurat: Adakah Suatu Keperluan?”, secara dalam talian.

Pembangkang sebelum ini menolak keputusan kerajaan melaksanakan darurat.

Pada 12 Jan lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab, Muhyiddin Yassin sepatutnya meletak jawatan, bukannya mengusulkan pelaksanaan darurat.

Katanya, meletak jawatan adalah langkah paling tepat yang perlu diambil oleh Muhyididn selepas menyedari sokongan kepada beliau di Dewan Rakyat semakin rapuh.

Semalam, dalam program bual bicara Minda Profesor Negara edisi Bicara Negarawan, Anwar mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak cadangan darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, jumlah itu mencukupi, sekali gus meminta Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempertimbang penolakan itu dan memanggil persidangan Parlimen dengan segera. - FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Bila penunggang agama menggunakan agama Demi kelangsungan politik..tak ke mana.dulu siap kafirkan orang..cakap macam dia Tu confirm masuk syurga..nauzubillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca komen merapu mamat ni nampak sangat dia ni tahap jahil murakab..perkataan syurga pun kamu sebut nauzubillah .Elok kamu pergi Rusila belajar dengan TGHH jika kamu masih ada iman,tetapi jika kamu kluster RBA kafir,teruslah berguru dengan syaitan kamu kehkehkeh

      Padam
    2. Puak RBA bodoh berlapis-lapis percaya puak RBA confirm masuk syurga dengan barua pemimpin kafir harbi roket walaupun puak kafir harbi memusuhi Islam.

      Puak RBA mahu fitnah ulama Islam pun agak-agaklah kerana rakyat sudah tahu puak RBA dan boss kafir harbi mereka suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan
      u-turn.

      Confirm puak RBA sakit mental dengan memuja puak evangelis tahap dewa dan menghina dan menfitnah ulama Islam. Puak RBA terdiri dari puak kafir harbi dan puak munafiqun.

      Cukuplah 22 bulan agama Islam dan umat Islam dihina oleh puak kafir hatbi roket dan khadam liberal mereka.

      Padam
  2. UMAT ISLAM WAJIB TUNGGANG AGAMA SEBAGAI PANDUAN BEKALAN DUNIA AKHIRAT...bukan AGAMA TUNGGANG KITA JADI HANCUR LEBUR...

    BalasPadam
  3. Anwar manusia yang pentingkan diri tidak kisah apa yang berlaku dlm negara ketika ini patut dihadap ke muka pengadilan

    BalasPadam
  4. Kalau tak tunggang agama, nak tunggang apa?Tunggang DAP?Hina Islam masa 22 bulan DAP rentah,tak apa?Simpan bodoh tu untuk anak cucu PH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunggang agama ialah ungkapan yang direka oleh puak puak kafir dan LGBT,sedangkan dalam ajaran Islam tiada istilah berkenaan. Yang ada ialah istilah menjual agama yakni mereka ini sanggup mengadai atau menjual agama demi keuntungan dunia yang sedikit. Golongan yang menjual agama ini rela ditunggangi oleh musuh musuh Allah dan Rasulnya dan mereka bersekongkol dengan kluster munafiq,yahudi dan musyrikin. Ciri ciri golongan ini boleh dikenal bilamana para ulama,hukum hakam dan apa sahaja yang ada hubung kait dengan Islam amat dibenci dan semuanya tidak kena di mata mereka. Mereka membutakan mata,membisukan suara dan mentulikan telinga kelebihan parti lebai yang tidak menjarah harta rakyat,bebas rasuah,istiqomah,tiada lompat parti,gila jawatan atau kuasa. Perangai kluster bisu,tuli dan pekak ini ialah satu kluster yang terpedaya dengan kebodohan sendiri dan enggan menerima kebenaran walaupun dengan seribu hujah sekalipun

      Padam
  5. Anuar Tak mungkin berjaya jadi PM sampai bila2.. anuar bukan jenis pemimpin umàt melayu Islam negara ini...mungkin kaum India Suka anuar jadi PM...
    Dokong anuar bererti menjauhkan Maruah umàt melayu Islam negara ini..
    Umàt Islam patut berdoa agar anuar tdk diantgkat sebagai PM...

    BalasPadam
  6. Kelebihan nuar ialah bercakap dan bermain angka...tetapi pulangan dari pelaburan undi serta mandat tidak pernah menguntungkan rakyat atau sekurang kurangnya pulang modal.Kerana itu semua rakan rakan beliau menjauhkan diri dari reforbasi

    BalasPadam
  7. Tolak anwar ibrahim dan angkatan

    BalasPadam