Header Ads

ads header

Flash News

Umno bawa usul putus hubungan Bersatu ke persidangan agung


Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang akan diadakan pada 31 Januari.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, majlis tertinggi telah mengambil keputusan ini setelah mempertimbangkan semua usul yang dikemukakan oleh 189 bahagian parti.

"Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagian-bahagian Umno yang telah bersidang di seluruh Malaysia. 

"Antara usul utama yang dibangkitkan majoriti besar Umno bahagian-bahagian: Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

"Memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi PRU-15," katanya malam tadi.

"Mesyuarat (MT Umno) bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari 2021 bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan perlembagaan tersebut," jelasnya lagi.

Selain itu Umno juga akan membawa usul bagi menggesa supaya PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bergantung kepada keadaan wabak Covid-19 dalam negara.

Mesyuarat MT Umno itu dipengerusi presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Kelmarin terdapat laporan yang mengatakan 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing baru-baru ini.

Bagaimanapun bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata dia mendapat maklumat hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu, kurang daripada jumlah yang didedahkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi iaitu sebanyak 143.

Semalam, pertemuan ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara bersama presiden berlangsung di ibu pejabat parti itu.

Pertemuan itu menyaksikan keputusan menggugurkan Annuar daripada jawatan setiausaha agung BN.

Sementara itu, Shahril berkata mesyuarat MT juga turut mengambil maklum pemecatan Annuar sebagai setiausaha agung BN.

"Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan setiausaha BN yang digalas semula secara tradisi oleh setiausaha agung Umno.

"Perkara ini mendapat persetujuan lisan presiden-presiden parti komponen," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. POLITIK B A N G S A M E L A Y U YANG DITUNJANGI U M N O MULA MENAMPAKKAN JALAN MENUJU KEHANCURAN DALAM SIKAP UKHWAH SEBANGSA DAN SEAGAMA LANTARAN MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG MENGAMBIL ENTENG TENTANG BERSIH,AMANAH DAN JATI DIRI TERPUJI SEBAGAI PEMIMPIN UMNO SEBENAR..PEMIMPIN2 U M N O YANG DIDAKWA DIMAHKAMAH SEPATUTNYA BERUNDUR BUAT SEMENTARA DALAM POSISI PEMIMPIN..BERI PELUANG KEPADA PEMIMPIN BARU UNTUK MENTADBIR U M N O DALAM HALA TUJU BARU SELEPAS MARUAH U M N O TERCALAR DISEBABKAN PEMIMPIN YANG DIDAKWA DIMAHKAMAH WALAUPUN KES ITU DIANGGAP SUATU PENGANIAYAAN KEPADA TERTUDUH...MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU DENGAR CERITA DARI SEBELAH ORANG DIDAKWA AJE @ PENDAKWA...RAKYAT MALAYSIA DIAJAR SUPAYA MEMPERCAYAI SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA...SEGALA PEMASAALAHAN POLITIK YANG BERLAKU SEKARANG INI ADALAH BERPUNCA DARI PEMIMPIN2 YANG TERASA DIRINYA TIDAK BERSALAH WALAUPUN KES MAHKAMAH MASIH LAGI DIBICARAKAN...ADAT MANUSIA BIASA...ORANG YANG ADA MASAALAH PENDAKWAAN SELALUNYA TIDAK ADA MERIT UNTUK DIBERI JAWATAN DALAM KERAJAAN BUAT SEMENTARA WAKTU HINGGA DIJATUHKAN HUKUMAN..BERSALAH @ TIDAK...HANYA DISEBABKAN K U A S A ...PEMIMPIN2 BERMASAALAH INI TELAH CUBA NAK MEMPERGUNAKAN U M N O CARA TIDAK SEPATUTNYA HANYA UNTUK PEMBERSIHAN KERDIBILITI SENDIRI DENGAN ALASAN2 MULUS YANG DIBAWA OLEH KETUA2 BAHAGIAN TANPA PENDEDAHAN DARI MAJORITI CAWANGAN...😒

    BalasPadam