Header Ads

ads header

Flash News

UMNO cukup kuat untuk tanding bersendirian, kata Nazri, Bung


PETALING JAYA:
Dua pemimpin UMNO menolak dakwaan parti itu tidak cukup kuat untuk bertanding bersendirian melawan Perikatan Nasional, jika pilihan raya umum akan datang.

Bekas ahli Majlis Tertinggi, Nazri Aziz dan Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin merasakan parti itu berjaya menangani dakwaan dan kritikan yang dihadapinya dalam kempen pilihan raya umum 2018.

Mereka berkata, parti itu menjadi lebih kuat dan rakyat turut menyedari kegagalan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Berlaku keretakan dalam hubungan UMNO-PPBM beberapa bulan ini, menyebabkan 143 daripada 191 bahagian UMNO memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15, dengan ada yang berkata, mereka hanya mahu bekerjasama dengan PAS, yang merupakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional.

Nazri berkata, parti itu tidak perlu bertanding bersendirian, selagi PAS mahu bekerjasama dengan mereka.

“Kami mahu bekerjasama dengan PAS. Bersama kita adalah dua parti Melayu terbesar dan tertua. Tetapi, jika mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami, apa boleh kami buat? Kami hanya bertanding bersendirianlah.”

Katanya, PAS pernah bertanding bersendirian banyak kali, dan walaupun tewas, mereka terus berbuat demikian.

“Jadi, kenapa kami tidak boleh?” soalnya.

Beliau berkata, UMNO kini dalam keadaan berbeza berbanding PRU 2018, apabila pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap pemimpinnya.

“Ketika itu, ada pengundi merasakan kami perlu dihukum. Kami sudah (dihukum) dan belajar daripadanya, kami menjadi lebih kuat.

“Sekarang, rakyat menderita akibat kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat tidak gembira dengan Perikatan Nasional, jadi apa yang berlaku pada 2018 tidak semestinya berlaku pada PRU akan datang.”

Bung pula berkata, penolakan terhadap PPBM oleh akar umbi UMNO ialah mesej kepada semua yang UMNO tidak gembira.

Katanya, beliau lebih suka UMNO tidak bertanding bersendirian kerana ia lebih kuat jika bekerjasama dengan parti lain, tetapi “jika kami bertanding bersendirian, ia tidak akan sama dengan dahulu. UMNO sangat kuat dan akar umbi kami kuat”.

Mohamed Khalid Nordin

Beliau berkata, PH berkempen pada 2018 dengan banyak dakwaan salah dan membuat pelbagai janji yang tidak dapat dikotakan.

“Rakyat melihat Barisan Nasional sebenarnya baik, itu sebabnya saya fikir kita boleh buat lebih baik.”

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat perwakilan bahagian menyediakan platform untuk ahli akar umbi bersuara, dan pucuk pimpinan parti akan sentiasa mengambil kira sentimen mereka.

“Pada 2018, terdapat isu berlainan dalam pemikiran rakyat. Sekarang ada isu lain. Apapun, UMNO bahagian jelas mereka tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dan mereka boleh menerima PAS. Kami tidak tahu apa pendirian akar umbi PAS.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Puak nasionalis yang bodoh sombong suka bajet hebat dan perasan kuat di waktu mereka lemah adalah seperti penagih dadah yang sedang 'high' di atas bangunan pencakar langit. Melihat burung-burung berterbangan, mereka fikir mereka juga boleh terbang dengan terjun ke bawah bangunan seperti kisah mat jening jatuh dari pokok kelapa.

    BalasPadam
  2. Dalam keadaan bersoladiriti pun masih lenah bagaimana pula kalau berpecah dan tentu lg lemah. Wahai pemimpin yg berjiwa besar fikirlah bagaimana utk menyelamatkan negara,agama dan bangsa. Wahai pemimpin kamu sudah berada dipuncak kebahagian dan fikirkanlah jg tentang kesengsaraan rakyat..lontarkanlah sejauhnya sikap hipokrit. Rakyat menyedari akan sikap burok kamu itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 60thn umno atas kayangan, 22 bulan dibumi nyata....manakan sama....dulu serba mewah boleh je adakan projek utk poket sndiri & kroni, 22 bulan melopong...mana boleh tahan....renung2kan lah ahli umno, hanya mulut mereka laung utk rakyat tapi sebenarnya mereka bkn pembela bangsa dan agama...cukup2lah ...NO ANWAR..NO DAP...

      Padam
  3. Tumbangkan amno pru 15
    Jangan naikkan pkr, dap, amanah
    Ini masa Islam

    BalasPadam
  4. Bukankah ini membuktikan um-No semakin terdesak ?

    Malaysiakini - Annuar Musa dipecat sebagai setiausaha agung BN

    https://www.malaysiakini.com/news/557686

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebai masih solid dan relaks aje....tapi umno pula dah makin porak peranda....mungkin kerana ada kluster munafiq yang langgar baiah dalam piagam MN.. kahkahkah

      Padam
    2. Puak UMNO yang mahukan silaturahim dengan PEMBANGKANG yang mahu ANUAR MUSA DIPECAT..MAJORITI besar ahli UMNO biasa memerhatikan aje...MEMANG U M N O menuju kekalahan sekali lagi di PRU 15...

      Padam
  5. Apa lgi khaled nordin,Tajudin Rahman letak jwtan le sebagai pengerusi glc,ada berani ka

    BalasPadam