Header Ads

ads header

Flash News

UMNO kemungkinan jilat punggung DAP dan PH akan terima perompak wang rakyat sebagai sabahat sebantal


Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk parti komponennya DAP.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-PH

"Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik, anda tidak boleh menolaknya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tajuddin berkata, Bersatu secara sistematik berusaha untuk "mencuri" anggota Umno hingga ke peringkat akar umbi dalam usaha untuk mengecilkan parti itu.

Ini berlaku walaupun kedua-dua parti menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan persekutuan.

“Ahli Umno merasakan parti itu akan terkubur jika bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 berdasarkan perkembangan politik muktahir ini.

“Ini kerana ketika ini Umno tiada kedudukan dalam kerajaan sekali gus menyukarkan untuk membela nasib Melayu.

“Ahli Umno yang ‘dicuri’ dan ‘dibeli’ untuk Bersatu membolehkannya menubuhkan lebih banyak cawangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Wisma UOA hari ini.

Tajuddin, yang juga pengarah pilihan raya Umno, mendakwa sejumlah besar wang dibelanjakan oelh Bersatu untuk tujuan berkenaan.

"Kami mengesyaki mereka mahu menjadi (parti) lebih besar sehingga Umno akan diturunkan menjadi parti kecil.

"Walaupun dalam kerajaan sekarang, Umno hanya menjawat jawatan kecil," katanya.

Tajuddin menambah bahawa Umno lebih senang bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang tetapi parti itu kini dilihat lebih mesra Bersatu.

Dia memberi gambaran umpama pasangan yang sudah berkahwin yang kini mencari pasangan baru.

"Kami berharap PAS akan setia kepada kami kerana kami telah setia kepada mereka di bawah Muafakat Nasional. Itu adalah janji PAS tetapi sekarang mereka goyah," katanya.

Tajuddin turut menolak desakan beberapa pemimpin Umno bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Dengan mengambil contoh Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang merupakan penentang kepada kerjasama itu.

Umno bahagian Ketereh yang dipimpin Annuar menjadi antara dua daripada 191 bahagian Umno yang sedia mempertahankan kerjasama dengan Bersatu.

"Kenyataannya tiada penghujung... tetapi hanya sebilangan kecil orang," katanya.

Ketika ditanya apakah ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parlimen Umno, Tajuddin mengatakan tidak akan memerlukan semua 39 ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Katanya Belanjawan 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya lulus dengan 111 undi berbanding 108.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata dia tidak dapat mengesahkan apakah BN akan menarik diri dari kerajaan Muhyiddin.

"Tetapi rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang memimpin kerajaan PN tidak dapat dinafikan," katanya.

Perkara itu katanya, akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno.

MR : UMNO masih tak sedar diri, sombong dan bongkak

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. Persilakan jika umno nak bekerjasama dengan PH....Rakyat tak hairan pun dengan pemimpin yang hanya tahu mengisi tembolok. Kerjasama dengan PH umpama satu harakiri bagi umno..dan saya menjangkakan ramai pimpinan umno akan lompat kepada Bersatu dan umno juga tidak akan diterima oleh para pengundi dapig

    BalasPadam
  2. umno sekarang BUKAN yang ditubuhkan 1946...arwah2 DATUK NENEK MOYANG yang BENAR BERJUANG demi Agama Bangsa Negara...SELEPAS dHARAMKAN tindakan licik tun...um NO ini membarah dgn politik wang rasuah kroni salahguna kuasa memeras yg tidak sebulu dgnnya.pernah diPuncak TETAPI ALLAH telah tarik nikmat mereka kerana gelumang dengan DOSA2nya hingga kecundang PRU14.mencari TALIAN HAYAT SEMASA KELEMASAN..tetapi jadi Anjing yg tersepit MENGIGIT yg membantunya...perangai DULU KINI dan SELAMANYA terus menbarah sebagai pandemik.

    BalasPadam
  3. yaa..kami puas hati!

    BalasPadam
  4. Pemimpin-pemimpin munafiqun nasionalis mempunyai lidah biawak berpura-pura berjuwang untuk membela hak kaum Melayu dengan melaungkan dan menjerit "Hidup Melayu" di hadapan kaum Melayu untuk kencing kaum Melayu. Kasihan orang Melayu hanya mampu menelan slogan dan logo sahaja.

    Malangnya majoriti orang Melayu masih hidup miskin dan agama Islam dihina secara terbuka walaupun puak nasionalis telah berpuluh tahun memerintah negara kerana pemimpin-pemimpin munafiqun nasionalis ini sebenarnya memperjuwangkan agenda peribadi untuk mengumpulkan kekayaan diri mereka dan kroni kafir mereka sendiri sahaja.

    Mereka tidak peduli jika DEB gagal, kaum Melayu ditindas, agama Islam dihina dan anak-anak orang Islam dimurtadkan dan umat Islam murtad melalui proses undang-undang sekular dll.

    Maka kita tidak terkejut melihat mereka mempunyai skandal haram dengan puak kafir harbi roket dan khadam liberal mereka yang memusuhi Islam dan umat Islam kerana mereka adalah kembar siam yang suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

    Maka permusuhan antara pemimpin-pemimpin munafiqun nasionalis dan puak kafir harbi roket hanyalah wayang opera politik sahaja semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum Melayu sahaja.

    Rakyat yang cerdik dan bijaksana akan mengundi parti Islam dan sekutunya dan menolak semua pengkhianat bangsa dan agama ini dalam PRU yang akan datang.

    BalasPadam
  5. Say No to Umm-NO !!!!

    BalasPadam
  6. Siapakah yang telah mengkhianati dan menjual tanah rizab Melayu selama ini jika bukan puak nasionalis songkok tinggi ?

    BalasPadam
  7. Dahulu puak roket menggunakan puak PANdir sebagai toilet paper pakai buang. Sekarang giliran puak keris telanjang pula akan digunakan sebagai toilet paper pakai buang oleh puak roket . Kasihan puak keris telanjang yang buta, pekak dan dungu tentang sejarah dan politik dan matlamat jahat puak roket. Puak keris telanjang sanggup mengkhianati agama dan kaum sendiri.

    BalasPadam
  8. Jika ‘meminati’ DAP, lihat akibat PAN
    January 4, 2021

    Jika 'meminati' DAP, lihat akibat PAN
    https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/04/jika-meminati-dap-lihat-akibat-pan/

    BalasPadam
  9. Umno yg ingin bekerjasama dgn ph nanti untuk menyelamatkan tengkok dua/tiga ekor kepala dungu diharap akan pupus terus dr mukabumi ini. Sekiranya umno mempunyai ketua yg hebat tidak akan membiarkan melayu bercakaran sesama sendiri malah akan berusaha untuk mendamaikannya. Inilah hipokrit yg ada dlm umno dulu kini dan selamanya. Inilah perancangan musuh utk melemahkan bangsa melayu ditanahair sendiri sepatutnya difahami oleh pemimpin yg berjiwa besar dan bukan yg bertombolok dan bernafsu besar.

    BalasPadam
  10. PUNCA BESAR PEMASAALAHAN DALAM U M N O ADALAH DISEBABKAN SEGELINTIR PEMIMPIN YANG MEARANG HITAMKAN WAJAH U M N O MENJADI TERLALU BURUK UNTUK DITATAPI OLEH AHLI2 CAWANGAN SELURUH M A L A Y S I A...PEMIMPIN YANG ADA MASAALAH DENGAN MAHKAMAH SEPATUTNYA BERUNDUR DULU BUAT SEMENTARA WAKTU HINGGA KES ANDA SELESAI...BUKANNYA NAK BUAT LAGAK SEPERTI ANDA X BERSALAH...SEPATUTNYA ANDA BERSIFAT 'GENTLEMAN 'DALAM HAL KEPERBADIAN YANG TERCALAR GARA2 KES ANDA DIMAHKAMAH...JIKA TERBUKTI DI MAHKAMAH..ANDA X BERSALAH..X ADA HALANGAN UNTUK ANDA BERGIAT BALIK DALAM UMNO...TETAPI SEKARANG ANDA SEPERTI ORANG YANG TIDAK ADA PERASAAN M A L U UNTUK KEHULU DAN KEHILIR BERCERITA TENTANG POLITIK DALAM RUMAH U M N O...APA SEMUA INI..?????...RAMAI LAGI PEMIMPIN DALAM U M N O YANG BERSIH DARI SKANDAL INTERGIRITI UNTUK AMBIL ALIH KEPEMIMPINAN U M N O MASA SEKARANG...MANA PERGINYA..?????..JANGAN JADI B A C U L UNTUK BERSUARA TENTANG INTERGRITI KEPIMPINAN DALAM U M N O !!!!!...JANGAN SAMPAI AHLI2 CAWANGAN BERALIH ARAH UNDI DI P R U 15...JANGAN HANYA DENGAR YANG MULUS2 DARI MULUT KETUA BAHAGIAN SEPERTI TIDAK ADA CALAR BALARNYA...TERAMAT MALU SANGAT2 JIKA PIHAK ATASAN U M N O TIDAK MAHU AMBIL IKHTIBAR SELEPAS P R U 14...INGAT !!!..U M N O BUKANNYA MILIK ANDA SAHAJA !!!..U M N O BUKAN MILIK PEMIMPIN YANG ADA MASAALAH INTERGRITI !!! 😡😡😠

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...pimpinan besar yg terlibat rasuah salahgunakuasa komisen projek..berbulan2 dibicarakan...jika sabit kesalahan denda sebelah mata boleh bayar dr jumlah sebenar yg disonglap..malah masih terima pencen YB berbanding rakyat bawahan yg rasuah terus dipenjara gagal bayar denda...

      Padam
  11. Bagus jugak umno gabung dengan parti dibenci rakyat iaitu PH .
    Confirm ramai yg x undi umno dan Ph Lg,.hahaha termasuk aku.
    Baik sokong PN lg bgus.

    BalasPadam
  12. Gabung la dengan DAP...senang rakyat sokong pn....ad beze k...antara akar umbi...da rakyat...akar umbi ni ahli parti yg takut kalau bekerjasama ngn bersatu segala keistimewaan xdapat lg...baik di cawangan sampai la ke peringkat tertinggi...tp rakyat yg x berpati ni...da meluat pulak ngn perangai UMNO yg masih xsedar2 diri

    BalasPadam