Header Ads

ads header

Flash News

Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin



Tidak seperti yang dijangka, Umno Pagoh sebulat suara enggan memberikan laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Umno Pagoh Ismail Mohamed berkata pendirian mereka itu diharap dapat didengar oleh kepimpinan tertinggi parti.

Menurut Ismail dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu hari ini ahli Umno bersepakat menolak keputusan Umno Johor yang dibuat sebelum ini.

"Saya harap mereka (Majlis Tertinggi Umno) dapat mendengar kami (ahli akar umbi) dan membenarkan Umno Pagoh bertanding di kerusi parlimen dan dua DUN (di bawahnya).

"Kami menghormati keputusan Umno negeri tetapi kami harap mereka juga menghormati pendirian kami," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today malam ini.

Terdahulu Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu agar Muhyiddin diberi laluan terus bertanding di Pagoh bagi mewakili calon kerajaan.

"Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Adham yang dipilih Muhyiddin menjadi menteri kesihatan berkata pendirian tersebut diambil dengan mengambil kira pengalaman dan kecekapan Muhyiddin selaku perdana menteri mentadbir negara. 

Untuk rekod dua lagi kerusi DUN yang ingin tetap ditandingi Umno Pagoh ialah Bukit Kepong dan Bukit Pasir.

Dalam PRU ke-14 Bukit Kepong dimenangi Dr Sahruddin Jamal yang kemudian dilantik menjadi menteri besar Johor sebelum tempatnya diambil alih oleh Umno selepas berlaku pertukaran kerajaan.

Bukit Pasir pula dimenangi calon PAS, Najib Lep.

Kedua-dua mereka mengalahkan calon Umno/BN masing-masing dengan kelebihan 1,273 undi dan 1883 undi.

Muhyiddin mewakili parlimen Pagoh sejak 1978.

Ismail berkata pada Nov tahun lalu Umno Johor membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi parlimen negeri itu bersama rakan komponen dalam BN dengan pengecualian Pagoh.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Pagoh milik muhyddin walau atas tiket apa dia contest

    Tunggu pru 15 kalau berani

    BalasPadam
  2. Wahai umno yg hidup atas talian hayat jika tidak mampu menghargainya kamu akan hilang sepanjang hayat

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...kacang lupakan kulit dan melepaskan anjing TERSEPIT...umNO

      Padam
  3. Umno nak jadi bodoh kali kedua..tggu pru 15-
    Kami undi pas dan bersatu sahaja kalau umno buat perangai

    BalasPadam
  4. SALAHKAN UMNO…. JIKA PERANGAINYA MEMANG DARI DULU KINI DAN SELAMANYA kerap diRatibkan
    TIADA SIAPA YANG SEMPURNA…hanya KEEGOAN DENDAM CURIGA TIADA SIKAP PEMAAF yang jelas Penyakit Hati dan Bisikan SYAITAN…JIKA begini Sampai KIAMAT pun tidak akan BERBAIK dan berUKHWAH pada TALI ALLAH.

    BalasPadam
  5. UMNO didendangkan yang TERBAIK dari KETUA BAHAGIAN seperti menjelangnya PRU 14...natijahnya lupa pada KETUA CAWANGAN...undi ahli AKAR UMBI yang SEBENAR...TSUNAMI apa yang akan BERLAKU pada UMNO selepas PRU 15 ???...jika UMNO MENGKHIANATI MN dan PN...HARAP UMNO BOLEH TIDUR LENA SELEPAS PRU 15..😁

    BalasPadam