Header Ads

ads header

Flash News

490 orang lagi di empat kampung telah diislamkan Ebit Lew


Seramai 490 orang lagi telah diislamkan oleh pendakwah terkenal Ebit Lew ketika misi bantuan beliau di Sabah.

"Menangis bahagia sangat di Semporna 2 hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara."

"Melihat hidup mereka hidup atas air. Ada atas bot.  Hidup atas air sepenuhnya. Sekali-sekala ke darat.  Mereka tiada agama. Sampai mereka bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah."katanya lagi.
 




Menurut Ebit, pasukannya bercadang untuk bina 3 sekolah. Enam orang guru juga telah disediakan untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam. 

Sekolah itu dijangka akan siap dalam masa sebulan. Ebit juga akan menanggung gaji guru-guru dan akan cuba bantu mereka secara berterusan.

"Menangis jer hari ini. Terima kaseh  Maritim menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69 dan PGA dan ATM."

" Terima kaseh Pengurusan  Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah. Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan." kata Ebit di Facebook beliau.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



2 ulasan:

  1. Semoga lebih ramai insan insan yang hebat seperti Ustaz Ebiet lahir di bumi Malaysia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...titipan kesyukuran

    BalasPadam