Bila Adibah Noor Tawar Diri Mengajar Di DidikTV, Bahasa Inggeris
Semua sedia maklum mengenai pelancaran DidikTV oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DidikTV merupakan satu usaha untuk menyediakan akses pembelajaran sewaktu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon Adibah Noor apabila menerusi status dimuat naik di Twitternya semalam, dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar Bahasa Inggeris di DidikTV.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang
teruja serta menyokong hasratnya itu. Rata-rata netizen mengatakan jika
benar Adibah menjadi tenaga pengajar bukan sahaja anak-anak malah ibu
bapa pun akan turut sama belajar.
Namun seperti sudah dijangka, ada juga segelintir netizen tidak bersetuju serta mempersoalkan kelayakannya untuk menjadi seorang pengajar.
Tidak hanya berdiam diri, Adibah tampil berkongsikan latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris.
Terdahulu, tular mengenai tindakan penyanyi dan pelakon itu yang menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris personaliti televisyen serta ahli politik yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Sumber MYKMU.NET
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
adibah nor tak layak..,ada ramai guru2 bahasa, pensyarah2 berkelayakan dipusat2 pengajian tinggi utk tanpil....
BalasPadamadibah buatlah kerja nyanyi, berlakun ikut spt yg diarahkan demi utk diri sendiri...masyarakat hari ini rata2 ramai jauh berpendidikan tinggi....
kalau tak layak, takkan dia berani, offer herself to teach english. Berapa ramai pegawai kerajaan, lulus degree, tapi English hancur. Bagi dia peluang, tengok macam mana.
PadamMR : Jangan jadi macam UMNO/BN atau PH yang utamakan kroni.
BalasPadamKo ni memang orang kuat abah n pbpm.