Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan sertai PN, raikan kepelbagaian parti



KOTA BHARU:
PAS menyambut baik hasrat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan parti itu dan mana-mana pihak untuk bersama PN.

Katanya, dalam politik perlu mengurangkan musuh, sebaliknya meramaikan kawan.

Menurutnya, mungkin ada yang menganggap parti berkenaan kecil, tetapi yang lebih penting adalah penyertaan dan kebersamaan itu.

“Pandangan kita mana-mana pihak yang boleh terima perjuangan dan hasrat kita, boleh sertai kita (PN).

“Banyak parti lain telah sertai PN dan kita meraikan kepelbagaian itu, bukan hanya Gerakan,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan pada majlis penyampaian cenderahati kepada 50 orang masyarakat Cina di Kampung Sering, sempena Tahun Baru Cina, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary dan isteri Datin Pg Siti Radziah Pg Abdullah.

Katanya, walaupun parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di Parlimen, tetapi ia mewakili masyarakat Cina di negara ini.

Menurutnya, di Malaysia terdapat parti DAP, MCA dan Gerakan yang mewakili parti masyarakat Cina di negara ini.

Tambahnya, penyertaan Gerakan untuk bersama PN dari satu sudut melambangkan penerimaan masyarakat atas gagasan nasional. – HARAKAHDAILY 13/2/2021




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. tiada masalah gerakan ( cina oportunis ) nak sertai PN, tapi pas dan umno serta ppbm jgn sama sekali beri muka pada cina. depa nak sokong pn okay,,tapi jgn tertipu seperti mana mereka menipu dan memperdaya umno dan pas sblm ini. cina2 haramjadah inilah yg menyebabkan melayu pas dan umno bergaduh dan sukar hendak bekerjasama sejak sekian lama. mca dan gerakan memperdaya umno, manakala dap memperdaya pas,,nampak seolah2 mereka bermusuhan,,sebaliknya mereka bersatu hati merancang merampas putrajaya dan mereka berjaya pada pru14 yg lalu. melayu bernasib baik kerana kegelojohan dap phancing hendak mencinakan putrajaya dan negara ini menyedarkan org2 melayu,,,akhirnya pas dan umno bersatu dan putrajaya berjaya dirampas semula....

    BalasPadam