Header Ads

ads header

Flash News

Habis perkara Najib (baca UMNO) untuk mencari kesalahan kerajaan PN



Bekas perdana menteri Najib Razak menuntut penjelasan kerajaan berhubung penurunan ketaran jumlah baru kes positif Covid-19 iaitu jika penurunan itu berkait dengan jumlah saringan yang dikurangkan.

Katanya, rakyat Malaysia menyambut baik penurunan jumlah kes baru Covid-19 yang diumum setiap hari, tetapi rakyat juga berhak tahu jika penurunan itu adalah akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan.

"Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baru dikesan setiap hari tetap tinggi.

"Sebab ini soal kesihatan awam, kita harap Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari," kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Malaysia terus merekodkan penurunan kes baru jangkitan wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam l dengan mencatatkan 2,176 kes positif.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga kes baru kurang daripada angka 3,000 dalam bulan ini dengan 2,464 kes baharu dilaporkan pada Ahad manakala 2,764 kes dicatatkan pada 9 Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di seluruh negara setakat ini adalah 266,445 kes dengan kes aktif sebanyak 47,135.

Najib berkata dia diberi maklumat bahawa jumlah saringan Covid-19 setiap hari dibuat KKM telah jatuh sejak minggu lepas mengakibatkan jumlah kes positif Covid-19 yang dilapor juga turut jatuh.

"Adakah penurunan yang ketara bagi jumlah saringan setiap hari akibat langkah KKM yang diumum bulan lepas bahawa KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif?

"Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala akan disaring.

Sedia maklum bahawa sekitar 80 peratus mereka yang positif Covid tidak menunjukkan sebarang gejala," katanya lagi.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. dulu najib tdk jaga rakyat hingga sanggup ambil wang kerajaan utk agenda peribadinya menerusi 1mdb....kini najib bermuka2 saolah dialah pembela rakyat....

    BalasPadam
  2. Lambat lagi ke nk dduk dalam??

    BalasPadam