Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama PPBM-PAS-Umno untuk kepentingan politik, tiada kebaikan untuk negara, kata Dr M


PETALING JAYA:
Kerapuhan kerjasama antara PPBM, PAS, dan Umno akan terus terurai pada pilihan raya umum akan datang kerana tiga parti itu hanya bersama untuk kepentingan politik masing-masing.

PPBM, PAS, dan Umno adalah tonggak kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin, namun hubungan PPBM dan Umno sudah pun mula kendur, dengan beberapa Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap perdana menteri.

Mahathir yakin kerjasama PAS dan Umno yang kini diikat menerusi Muafakat Nasional, juga tidak akan bertahan berdasarkan sejarah hubungan mereka.

“Sebenarnya mereka (PAS-Umno) tidak pernah rapat. PAS telah mengutuk Umno sebagai kafir. Jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama apabila PAS berkata orang yang bekerjasama dengan kafir akan sendiri menjadi kafir,” kata Mahathir dalam wawancara khas dengan FMT.

Beliau berkata dua parti itu menjalin kerjasama hanya untuk kepentingan politik dan bukan berpandukan prinsip.

“Jadi hubungan seperti ini tidak boleh menjadi asas kepada kerjasama yang baik, ia hanya hubungan yang berasaskan kesenangan politik,” kata beliau.

Mahathir berkata PPBM juga tidak pernah rapat dengan PAS, justeru merumuskan hubungan antara tiga parti Melayu itu hanya didirikan atas kesenangan politik, bukan demi kepentingan negara.

“Keadaan ini tidak membawa kebaikan kepada negara kerana mereka tidak mempunyai pandangan sama yang betul mengenai cara membangun dan menguruskan negara,” kata Mahathir.

Beliau menjangka perbalahan akan tercetus antara tiga parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

“Mereka akan sukar mengagihkan kerusi. Jika tiada persetujuan, perbalahan akan berlaku sesama mereka dan ini tidak baik untuk mereka mahupun negara,” kata Mahathir.

Mahathir percaya perbalahan pasti tercetus kerana Umno sudah pun menyatakan ia akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk yang diinginkan oleh PPBM.

“Walaupun, pemimpin mereka mungkin menyatakan kesediaan bekerjasama, ahli mereka tidak akan berbuat demikian. Contohnya, akar umbi PAS tiak akan menyokong calon Umno,” kata Mahathir. - FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. fikiran tengah tidak stabil, banyaklah buat solat malam memohon semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk diri dan keluarga

    BalasPadam
  2. Boboi oooo boboi,,,dh bgi mon ubt blom.....

    BalasPadam
  3. Madey rasa gabungan 3 parti pkr, dapigs pan, ppbm dlm PH dulu terbaik utk negara haha. Terbaik apa, habis harta negara dijual lelong, bgsa melayu ditindas, agama dihina, negara nk di icerdkan.

    BalasPadam
  4. Yg terbaik tu hanya kalau dapat kat dia saja😊😊😊 kalau orang lain semua tak baik

    BalasPadam