Header Ads

ads header

Flash News

Lakaran 'tirai besi' seakan Jalur Gemilang, Fahmi dipercayai sindir Rosmah


KUALA LUMPUR, 19 Feb —
Sebuah karikatur dihasilkan kartunis Fahmi Reza yang disyaki menggambarkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian ramai di media sosial.

Ia gara-gara tindakan kartunis itu cuba mengaitkan bendera Jalur Gemilang dengan kes mahkamah yang dihadapi Rosmah.

Menerusi foto dimuatkan di media sosial, kartunis itu dipercayai menghasilkan lakaran seakan Jalur Gemilang secara terbalik yang sekaligus menyebabkan ia kelihatan seperti 'tirai besi'.

Sementara itu, rata-rata orang ramai meluahkan pandangan masing-masing mengenai lakaran itu malah, ada yang menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada Jalur Gemilang.

“Politik, politik juga. Bendera negara jangan buat main,” kata pengguna Twitter bernama Azrul.

“Penghinaan kepada Jalur Gemilang,” kata JS Palani pula.

Semalam, Rosmah diminta oleh mahkamah membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan, Rosmah boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan