Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin saman Puad Zarkashi


Peguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang dianggap "memfitnah".

Menurut laporan The Edge surat tuntutan itu dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dialamatkan ke Puad di Putrajaya.

Ia berhubung hantaran dibuat bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mengenai Muhyiddin di media sosial baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut Puad membangkitkan persoalan mengenai prosedur kuarantin ke atas Muhyiddin yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Memetik kandungan tuntutan itu The Edge melaporkan hantaran dibuat Puas mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat terhadap Muhyiddin.

Tuntuan itu menyatakan hantaran dibuat Puad secara tersirat mahu menyatakan presiden Bersatu itu enggan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari dan mendorong Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengeluarkan arahan baru mengenai prosedur berkenaan.

Arahan itu - yang dikeluarkan melalui warta persekutuan - menyatakan anggota kabinet yang baru pulang dari lawatan rasmi di luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

Selanjutnya, LOD dilaporkan mendakwa hantara Puad itu membawa maksud Muhyiddin menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk mendapatkan layanan istimewa.

Sebelum ini Puad diberi tempoh tujuh hari untuk memadamkan hantaran tersebut, memohon maaf secara terbuka di Facebok, portal berita dan media sosial dan ikrar untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan.

Puad juga dituntut membayar pampasan RM10 juta.

Sementara itu Puad ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberikan sebarang kenyataan atau mengesahkan menerima LOD berkenaan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. bila keterlauan kebenciannya, lalu keterlaluan fitnahnya...terimalah akibatnya...kerana mulut badan binasa...

    BalasPadam
  2. Masih lagi nak BERKOKOK walaupun xada jawatan dalam kabinet kerajaan...sanggup bersama dengan PEMBANGKANG untuk menunjuk DIA yang TERBAIK...pembela UMNO kononnya....silap percaturan...UMNO hanya tinggal SEJARAH...ada jawatan masa BARISAN NASIONAL memerintah...apa dibuatnya hingga BN tumbang di PRU 14...???...dah rasa BERSALAH sekarang ni...mula nak HURUARAkan kerajaan yang ada la ni....jangan jadi manusia yang MUDAH LUPA....

    BalasPadam
  3. sabar jela pak ad... lawan selagi boleh, yg ade kuasa gunakan selagi mampu...

    BalasPadam