Header Ads

ads header

Flash News

Nasi kandar kotor diarah tutup


BUTTERWORTH –
Sebuah premis nasi kandar di Jalan Telekom, Bagan Luar di sini diarah tutup semalam kerana tidak mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan.

Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilakukan jam 7.30 malam itu turut memeriksa berapa premis makanan sekitar daerah tersebut.

87FA1E78-BA4B-4C70-BEF0-9202E1529E5D
Tempat menyimpan barang sejuk beku kotor antara kesalahan peniaga.

Antara kedai yang diperiksa terdiri daripada nasi kandar, masakan Thai serta kedai kopi.

MBSP dalam satu kenyataan berkata, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi tersebut dan termasuk gagal mematuhi syarat pelesenan.

“Kita telah mengeluarkan beberapa notis dan kompaun atas pelbagai kesalahan antaranya berkenaan kebersihan serta gagal memakai aksesori semasa memasak.

“Selain itu, kita juga mengeluarkan kompaun halangan kerana meletak kerusi meja tanpa permit MBSP.

AEF74BC2-99DF-4249-B38A-5A93E81D9A68
MBSP menyita peralatan peniaga yang menghalang laluan orang awam.

“Tindakan menyita peralatan perniagaan yang menyebabkan halangan kepada orang awam turut dilakukan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan sama, MBSP turut menasihatkan peniaga agar sentiasa patuh dengan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. buat apa hide nama kedai kalau nak letak dlm news? Kalau niat taknak bagi malu kedai.. baik tak payah letak news. Kalau utk kebaikkan pengguna.. letak la nama kedai.

    BalasPadam
  2. Jika nasi kandar kotor diarah tutup, mengapa kerajaan tidak tutup sugar book yang didakwa mempromosi pelacuran secara terbuka ??? Mengapa sugar book masih boleh dilayari di Msia ?Mengapa pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin pembangkang diam membisu tentang isu yang tidak bermoral yang boleh memusnahkan masyarakat ? Mengapa ? Adakah sibuk berpolitik sahaja ? Rakyat mahu jawapan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Rakyat mahu jawapan !

      Padam