Header Ads

ads header

Flash News

Nazir terkilan Thomas kaitkan bapa dengan 13 Mei


Bekas pengerusi CIMB Bank Group Bhd, Nazir Razak, hari ini menyatakan rasa terkilannya apabila Tommy Thomas mengaitkan insiden 13 Mei dengan bapanya, Abdul Razak Hussein, dalam memoirnya.

Kata Nazir hal itu berlaku ketika Thomas adalah kenalan lama keluarganya.

Menyatakan perasaannya melalui media sosial adik Najib Razak itu berkata apa yang dipaparkan Thomas dalam buku My Story: Justice In The Wilderness itu berbentu sangkaan semata-mata dan tidak disokong dengan bukti.

"Ini sangkaan semata-mata. Lima puluh tahun kemudian dan tanpa sedikit pun bukti yang boleh dipercayai dibawa untuk menyokong pandangan ini," kata Nazir yang juga anak bongsu perdana menteri kedua Malaysia itu.

Tambahnya Thomas sekadar bergantung kepada kenyataan bahawa Abdul Razak adalah individu yang paling mendapat faedah daripada rusuhan tersebut dan tergesa-gesa mahu menjadi perdana menteri selepas diberitahu sedang berdepan masalah kesihatan.

"Ini bukanlah 'bukti' sama sekali, apa lagi bersifat perundangan," katanya.

Dalam buku itu kata Nazir, Thomas juga memberitahu dia tertanya-tanya mengapa perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra melantik Abdul Razak sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Sedangkan kata Nazir Abdul Razak dilantik atas kemahuan Tunku sendiri berdasarkan pada ketika itu ia adalah pilihan terbaik.

Tunku juga, kata Nazir, menyokong pelantikan menteri dalam negeri ketika itu, Dr Ismail Abdul Rahman, untuk membantu Abdul Razak.

Walaupun mengakui setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing Nazir berkata, dia berpendapat perlu bersuara berbeza daripada Thomas kerana peguam terbabit sebelum ini memegang jawatan perundangan tertinggi dalam kerajaan.

"Perlu ditegaskan bahawa peristiwa ini (13 Mei) berlaku lama sebelum dia menjadi peguam dan kakitangan kerajaan pada ketika itu banyak memperkatakan kepemimpinan serta integriti peribadi Tun Razak serta usahanya mengembalikan keamanan dan kestabilan, melancarkan reformasi dan memulihkan parlimen," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. betul kata SANUSI MB KEDAH....BAHAYA JIKA KELING MABUK TODI...dan peminum2 TEGAR ARAK...Cth KELING menghentam Sanusi ISU Thaipusam dan kuil...tapi Ramasamy keling DAP/sekutu MIC MEMBISU bila kes LTTE/ROBOH MASJID DI INDIA dan tahipusanm dibatalkan di PP dan batu caves

    BalasPadam