Header Ads

ads header

Flash News

Parti Gerakan menyelar kenyataan pemimpinnya di Kelantan yang meminta PAS menyerahkan satu kerusi kepada Gerakan


Parti Gerakan menyelar kenyataan pemimpinnya di Kelantan yang meminta PAS menyerahkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Mah Kah Keong berkata kenyataan yang dikeluarkan pembantu setiausaha Gerakan Kelantan, Gan Thuan Bun adalah sesuatu yang mengejutkan.

Kenyataan media Gan meminta PAS memberi satu kerusi DUN kepada Gerakan khususnya di DUN Kota Lama.

"Kenyataan media tersebut agak mengejutkan semua pihak di mana ia di luar jangkaan dan pengetahuan pusat.

"Kenyataan tersebut memang akan memberi kesan negatif kepada hubungan silaturahim parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Masih awal lagi untuk membincangkan sebarang isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya dan perkara itu perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat parti. Jangan cetuskan kontroversi," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu NST melaporkan Gerakan Kelantan mahu bertanding di kerusi sekutunya PAS di DUN Kota Lama, yang dipegang parti Islam selama lebih dari dua penggal.

Gan berkata, Gerakan yang baru saja bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen gabungan itu, berkata ini kerana kerusi berkenaan adalah majoriti pengundi Cina.

Kerusi itu kini dipegang oleh Anuar Tan Abdullah dari PAS.

Jelasnya, bahawa agenda utama Gerakan dan PN adalah menjaga kebajikan rakyat dan membantu untuk memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin.

“Sekarang bukanlah masa untuk membincang pengagihan kerusi dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Ketika ini kita semua harus fokus dan beri keutamaan untuk menangani wabak Covid-19 dan merangka pelan pemulihan pasca pandemik," katanya.

Katanya, Gerakan bersama dengan parti dalam PN akan berusaha memastikan keadaan negara pulih sepenuhnya, ini termasuk kesejahteraan rakyat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Belum apa-apa dah guna perang saraf.
    Inilah perangai mereka. Minta maaf pun tidak.

    BalasPadam