Header Ads

ads header

Flash News

PAS-Umno-Bersatu bertemu, gagasan lebih mantap


SHAH ALAM:
PAS Selangor berusaha merealisasikan gagasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) ke arah memantapkan Kerajaan PN.

Menyambut seruan Presiden PAS itu, Pesuruhjaya negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi mengadakan pertemuan enam mata bersama Pengerusi Umno, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Bersatu, Datuk Abdul Rashid, baru-baru ini.

“Alhamdulillah…menerusi platform perpaduan ummah, pertama kalinya pertemuan PAS, Umno dan Bersatu duduk semeja berbincang menyentuh hal-hal semasa dalam politik dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, PAS berperanan menjadi jambatan penghubung kebijakan politik matang dan sejahtera.

Secara tidak langsung, kata beliau menafikan naratif dengan dakwaan PAS bermain dua kolam bahkan realitinya PAS mahu mejadi penghubung perpaduan ummah demi politik dan masa depan negara.

Beliau yang juga Adun Sijangkang menegaskan banyak persamaan yang dapat dirungkai dan perbezaan diketepikan setelah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno dan Bersatu.

Katanya, ini bermakna muafakat akan menjadi suatu gagasan yang lebih mantap untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

“Apa maknanya kalau masing-masing gagal berlapang dada dalam menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

“Akhirnya bertanding dalam tiga penjuru dan gagal membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 20/2/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. semoga pemimpin umat melayu Islam benar2 ikhlas utk bangsa dan Agama....kelak tak ada mana2 kaum, mana2 puak lain yg boleh memecah belah, memperdaya umat melayu Islam negara ini....semoga perpaduan ini juga akan merencatkan segala strategi jahat kaum2 lain yg cuba menghancur, melemahkan kekuatan dan akidah umat melayu Islam negara tanah melayu ini...

    BalasPadam
  2. Mari coba keberuntungannya disini AjoQQ"c0m
    Kontak whatsapp +855969190856
    Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)

    BalasPadam