Header Ads

ads header

Flash News

PH jatuh sebab pilih Anwar jadi PM, kata Dr Mahathir


SHAH ALAM -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya beliau berkata, PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku,” kata Dr Mahathir yang juga adalah Ahli Parlimen Langkawi dalam catatan di blognya pada Jumaat.

Dr Mahathir mengulas buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' yang berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai 'surrender of power', penyerahan balik kuasa yang sukar difaham.

“Saya pula tidak faham kenapa peletakan jawatan itu sukar difaham. Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang saya menjadi Pengerusi telah tolak nasihat saya supaya tidak tergesa-gesa keluar daripada PH.

"Ini bermakna parti saya tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada saya. Mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memutuskan untuk keluar daripada PH dengan serta-merta," katanya.

Dr Mahathir berkata, apabila beliau tidak lagi memiliki kepercayaan daripada parti, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

“Saya dilantik jadi Perdana Menteri kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana Menteri. Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Walaupun saya minta supaya Bersatu tangguh keputusan keluar daripada PH, tetapi pada malam 23 Februari 2020, Bersatu ada majlis makan malam bersama Pas dan UMNO, iaitu gabungan parti-parti yang dirancang oleh Muhyiddin untuk menjadi kerajaan apabila PH jatuh.

“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, veteran DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat kerajaan PH jatuh kerana Dr Mahathir letak jawatan.

Namun menurutnya, jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh. PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri.

“Anwar memang berminat untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya.

“Kemudian semua 222 wakil rakyat diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk cadang calon mereka untuk jadi Perdana Menteri.

“PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.

“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan daripada PH. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.

“Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya,” katanya.

Kata Dr Mahathir lagi, setelah pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan Perdana Menteri baharu, pemimpin PH termasuk Anwar datang berjumpanya dengan cadangan memilih beliau sebagai Perdana Menteri.

"Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut. Pada hari esok syarat saya dipersetujui.

“PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baharu ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 daripada wakil rakyat tidak bersama dengan beliau.

"Tetapi apabila dilantik sebagai Perdana Menteri beberapa penyokong kumpulan PH ditawar jadi menteri oleh Muhyiddin. Maka ia pun memperoleh majoriti,” kata beliau. - SH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Sbbnya Tun Mahataik nk jadi PM sampai mati.

    BalasPadam
  2. "Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku"oh macam tu, ko ingat semua orang bodoh ke nak diperbodohkan! aku masuk tadika ko baru jadi PM tahun 1981. Aku masuk Kerajaan tak lama lepas tu ko letak jawatan tahun 2003. Laa ni aku dah nak pencen ko nak jadi P.M. balik! pm tepi boleh la!
    Dah macam menyampah mengadap muka "PM sepanjang hayat! Bagilah orang lain. Presiden Amerika pun dah 46 orang dah. Takkan kita masih harapkan PM no.4 ni. Patutla no.4 orang cina tak suka. seyyy

    BalasPadam
  3. Cerita DONGENG KLEPTOKRAT...dah patut diNYAHkan dari POLITIK MALAYSIA termasuk DSAI..!!!

    BalasPadam