Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat muak dengan rasuah tubuh ‘Rasuah Busters’


PETALING JAYA:
Sekumpulan rakyat yang “muak” dengan wabak rasuah di Malaysia mempertanggungjawabkan diri mereka untuk menentangnya, melalui gerakan bergelar “Rasuah Busters”.

Gerakan itu diterajui oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Hussamuddin Yaacub yang berkata, gerakan rakyat diperlukan kerana rasuah semakin berleluasa.

“Tanggungjawab kita untuk menghentikannya. Kita tidak boleh menunggu orang lain. Sekiranya kita tidak melakukan apa-apa, sistem nilai kita akan lebih merosot,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, impak krisis Covid-19 akan menjadi jauh lebih buruk sekiranya aset negara tidak diurus dengan baik.

Wabak tersebut menimbulkan kesukaran kepada ramai rakyat disebabkan kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji secara tiba-tiba.

“Negara lain juga menderita tetapi penderitaan mereka yang dikelola dengan baik menjadi lebih ringan,” katanya.

Gerakan “Rasuah Busters” akan bermula dengan memberi kesedaran dan memperkasa individu daripada setiap lapisan masyarakat untuk memerangi rasuah dalam kalangan mereka.

Mereka juga akan melancarkan kempen untuk memerangi rasuah di kuil, masjid, sektor swasta, termasuk perbankan.

“Individu boleh melibatkan diri dgn NGO, persatuan keagamaan atau syarikat, mereka boleh memperkasa masyarakat mengenai kesan buruk rasuah,” tambahnya.

Hussamuddin berharap lebih ramai orang akan menyertai gerakan ini.

Katanya, ini adalah masa yang tepat untuk golongan majoriti senyap yang “muak dengan amalan rasuah yang berlarutan bertahun-tahun untuk menyertai gerakan tersebut” dan membuat perubahan dalam masyarakat.

Gerakan ini dipandu oleh prinsip Rukun Negara dan perlembagaan persekutuan.

Aktivis sosial Chandra Muzaffar juga menyeru rakyat supaya menyokong kempen awam menentang rasuah ini.

Beliau berkata, sesetengah golongan yang memiliki kuasa dan harta telah diadili dan dihukum atas pelbagai bentuk rasuah selama ini, hasil percampuran politik dan perniagaan yang bermula sebelum Merdeka lagi.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai gerakan ini boleh mendaftar di https://bit.ly/3ctmxSy, sementara sukarelawan boleh mendaftar melalui e-mel di rasuahbusters@gmail.com atau WhatsApp di 019 3823635.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Poyo la....
    Anti rasuah konon
    Sistem hidop pown x btol,,,
    Puihhhh
    Poyoooooooo

    BalasPadam
  2. Agama Islam pun mewajibkan Kita menentang rasuah

    BalasPadam
  3. Minda Rakyat tak reti nak sekat ke Nick Yong tu?

    BalasPadam