Header Ads

ads header

Flash News

Rasuah: Isa Samad dihukum penjara 6 tahun, denda RM15.4 juta


Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah dalam sembilan pertuduhan rasuah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan bahawa Mohd Isa dihukum penjara bagi setiap satu kesalahan yang disabitkan. Bagaimanapun hakim membenarkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Bagi hukuman denda, Mohd Isa boleh dikenakan hukuman penjara bagi setiap kesalahan jika gagal melunaskannya.

Kata hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pihak pembelaan Mohd Isa gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pihak pendakwaan.

Isa sebelum ini dihadapkan dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya sendiri. Dia didakwa menerima wang bernilai RM3.09 juta daripada anggota Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, melalui Muhammad Zahid Md Arip.

Habuan berkenaan diberi kepada Mohd Isa sebagai imbuhan atas bantuannya meluluskan Hotel Merdeka Palace & Suites berharga RM160 juta.

Hotel yang terletak di Kuching, Sarawak itu dibeli oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Bagaimanapun hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan agar pelaksanaan hukuman dan denda itu ditangguhkan sehingga rayuan kes diputuskan Mahkamah Rayuan selepas ini.

Semasa membacakan keputusannya Mohd Nazlan berkata dia menetapkan hukuman sebegitu untuk memberi peluang kepada tertuduh melakukan pemulihan dan juga pengajaran - temasuk orang lain - supaya tidak melakukan kesalahan sama.

"Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh dan rekod pentadbiran serta penglibatannya dalam politik negara di mana tertuduh telah berkhidmat sebagai menteri besar selama dua dekad dan juga sebagai menteri kabinet," katanya.

Mohd Nazlan juga menetapkan agar wang ikat jamin ke atas Mohd Isa naikkan kepada RM1.5 juta berbanding RM800,00 yang ada sekarang.

Hakim membenarkan wang ikat jamin itu dibayar selewat-lewatnya jam 2 petang esok.

"Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan sehingga rayuan selesai," kata hakim itu.

Mohd Isa diwakili peguam Salehudin Saidin.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Patut hukum penjara seumur hidup.

    BalasPadam
  2. Kenapa asyik hakim yg jatuhkan hukum semuanya hakim bernama Mohd Nazlan Mohd Ghazali? Mohd Ghazali tu adek siti hasmah mod ali bini madey. Nazlan tu anak saudara siti hasmah la. DSNR pun dijatuhi hukum olh hakim nazlan ni jugak. Dengar cerita Nazlan dh ditukar ke mahkamah rayuan pulak. Nazlan tggu disana utk batalkan rayuan pulak ke?

    BalasPadam
  3. Dulu pun pernah juga buat hal dalam UMNO..digantung keahliannya disebabkan RASUAH...tapi masih ada kalangan UMNO percaya padanya...sekarang tanggunglah SENDIRI...LANGIT BUKAN SELALUNYA CERAH...sekurang2nya bagi INGATAN pada yang LEKA DENGAN KEMEWAHAN TERKUTUK..!!!..

    BalasPadam
  4. perasuah dimalaysia mesti dihukum keras agar tiada lagi perasuah yg bermaharaja lela....tanpa perasuah negara pasti maju....

    BalasPadam