Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya tidak pernah diajar mengkafirkan sesiapa’


SHAH ALAM -
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa partinya itu mengamalkan dasar mengkafirkan sesama umat Islam.

Katanya, amalan tersebut tidak pernah diajar mahupun diarahkan untuk dilakukan sepanjang penglibatannya bersama parti Islam itu.

“Sepanjang penglibatan saya di dalam Pas sehingga ke saat ini, saya tidak pernah diajar dan diarah untuk mengkafirkan sesiapa yang mengucapkan syahadah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan sama ada mereka yang membuat tuduhan sedemikian pernah melakukan amalan itu ketika bersama Pas sebelum ini.

“Adapun golongan yang keluar Pas pada tahun 2015, saya ingin bertanya, adakah sepanjang tuan-tuan berada di dalam Pas, tuan-tuan benar-benar mengkafirkan golongan tertentu yang bersyahadah?

“Jika benar, maka patut sangatlah tuan-tuan keluar Pas kerana tuan-tuan sendiri tidak faham dasar parti yang tuan-tuan sertai,” katanya.

Budaya mengkafirkan sesama umat Islam dipercayai bermula daripada ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan tersebar dalam kalangan anggota Pas pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Dalam ucapan yang dikenali sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ itu, Ahli Parlimen Maran mendakwa Pas menentang UMNO kerana parti berkenaan mengekalkan undang-undang kafir.

Pada 2019, isu tersebut telah dibangkitkan kembali susulan daripada usaha penyatuan yang dilakukan oleh parti tersebut bersama UMNO dalam membentuk Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, perkara berkenaan pernah dinafikan oleh Abdul Hadi yang menyatakan bahawa parti Islam itu tidak pernah sesekali mengkafirkan orang.

Katanya, hak untuk mengkafirkan orang Islam bukan hak parti Islam tersebut dan ia juga bukan ajaran Islam yang sebenar.- SH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. ini satu propaganga dilaku golongan tertentu(fikir/carilah sendiri siapa mereka) untuk memburukkan satunya parti yang mahu menegakkan islam dengan menyebarkan berbagai tuduhan untuk menakut2kan dan memburuk2kan orang islam khasnya ditujukan parti pas, kepada yang bukan islam janganlah dipengaruhi olih golongan tersebut, garilah diinternet orang2 yang telah memeluk islam, betapa tengohnya keyakinan mereka terhadap islam.

    BalasPadam
  2. Org yg gian ketagih nak serang Pas, bila dah xdak modai, depa p kutip samah taik dlm longkang dlm ayaq acaq buat modai

    BalasPadam
  3. Jika org yg mgucapkan syahadah tidak kafir maka ramai dh cina mca dan dapigs boleh mgucap syahadah. Begitu dengan pkr dan PAN. Jadi mereka pun islam jadi jangan lawan mereka ya, kena sokong dan undi mereka tu. Jika tk mgaji fardu ain begini la jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengucap syahadah di mulut sampai di kerongkong sahaja tidak sampai ke hati dan bersekongkol dengan parti kafir harbi memghina Allah dan Nabi dan menentang dan menghina ajaran Islam dan hukum Islam dan menafikan hak umat Islam. Ini adalah perbuatan puak munafiqun dan puak murtad bukan perbuatan umat Islam.

      Padam
  4. mengaji dengan MUSTIKA HADIS dan HADIS MUKTABAR...YANG jelas menghuraikan PERKARA2 YANG MEMBATALKAN SYAHADAH..Boleh membawa kekafiran jika TIDAK BERTAUBAT...wallahualam

    BalasPadam
  5. Sebenarnya musuh-musuh PAS telah mengkafirkan musuh PAS sendiri dengan menfitnah PAS kononnya PAS mengkafirkan musuh PAS.

    BalasPadam