Header Ads

ads header

Flash News

SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan timbalan pengerusi PKR Perak MA Tinagaran pagi tadi, kata beberapa sumber dalaman parti itu.

Malaysiakini diberitahu bahawa ahli politik itu ditahan oleh anggota SPRM pagi ini setelah dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Sumber memberitahu bahawa Thinagaran ditahan atas alasan bagi membantu siasatan terhadap projek pembangunan di Perak. Bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan kerana pegawai kanan SPRM tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa SPRM terdahulu mengunjungi rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, berhubung siasatan ke atas sebuah kenderaan yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Mubarak untuk mendapatkan maklumat lanjut.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. silap besar umat melayu mendokong parti pkr hari ini...keterlaluan kaum minoriti menjadi pemimpin kpd umat melayu...maruah umat melayu perlu dipertahankan....

    BalasPadam