Header Ads

ads header

Flash News

Suu Kyi gesa rakyat Myanmar tolak rampasan kuasa tentera


YANGON:
Pengerusi Parti Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar (NLD), Aung San Suu Kyi, semalam menggesa seluruh rakyat Myanmar menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera dan membantah tindakan berkenaan.

Pihak tentera lewat malam tadi mengumumkan seramai 24 menteri dan timbalan menteri di bawah kepemimpinan Suu Kyi sudah dilucutkan jawatan.

Mereka kemudian menamakan 11 pengganti untuk menyandang jawatan bagi portfolio kewangan, kesihatan, penerangan, ehwal luar negara, pertahanan dan ehwal dalam negeri, lapor agensi berita CNA.

"Tindakan pihak tentera adalah perbuatan untuk meletakkan Myanmar di bawah kepimpinan seorang diktator," menurut NLD dalam kenyataannya.

"Saya menggesa rakyat Myanmar supaya jangan menerima tindakan ini dan memberikan respons yang sewajarnya dengan menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa oleh pihak tentera ini," kata Suu Kyi.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan melalui laman Facebook Aung San Suu Kyi, turut menegaskan bahawa tindakan pihak tentera itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan bertentangan dengan perlembagaan dan kehendak pengundi.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan siapa yang memuat naik kenyataan itu kerana anggota NLD tidak menjawab sebarang panggilan telefon.

Seorang pemimpin kanan NLD menegaskan bahawa keputusan Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing untuk merampas kuasa ketika Myanmar sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 menunjukkan cita-cita peribadi dan bukan kepentingan negara dan rakyat Myanmar. - AGENSI





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Su-ular kyi adalah pejuang PALSU hak asasi manusia kerana ular rasis ini sanggup bersekongkol dengan tentera myanmar , pelampau dan pengganas buddha dan sami buddha myanmmar menindas, memusnahkan kampung umat Islam dan membunuh atau menghalau umat Islam Myanmar sebaik sahaja ular rasis ini berkuasa.

    BalasPadam
  2. Dulu Kyi nama je pejuang hak asasi, ttp bila berkuasa hak asasi eknik Rohingya dikuburkan.X perlu dibela org seperti ini.

    BalasPadam
  3. Aung San Suu Kyi ada ke membela rakyatnya yang beragama islam, bila dah hilang kuasa baru terasa bahangnya, mulalah bercerita tentang perlembagaan, kehendak pengundi, kepimpinan seorang diktator, cita-cita peribadi dan bukan kepentingan negara dan rakyat Myanmar, jadi rakyat myanmar yang beragama islam tu bukan rakyat myanmar ke, sepatutnya Aung San Suu Kyi dibuang ke laut, biar dia rasa penderitaan yang dialami olih rakyat myanmar yang diusir ke laut.

    BalasPadam
  4. Minah ni orang politik je tak lebih dari tu, politikus yg rasis punya..hak asasi dibuangnya dalam laut

    BalasPadam
  5. Penjarakan semula suu kyuu ni saekali dgn pemberontak dan sami buddha yg jahat tu.

    BalasPadam