Header Ads

ads header

Flash News

Takiyuddin: Memoir Thomas 'karut, menghina'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan menyifatkan buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas “My Story: Justice in the Wilderness” sebagai 'karut dan menghina'.

“Setelah meneliti kandungan dan intipati buku tersebut secara tekun, saya turut terkesan dan merasakan banyak aspek dalam buku tersebut yang ‘karut’ terutama sekali yang menyentuh soal akauntabiliti, ketelusan dan keadilan pegawai undang-undang yang bertugas di jabatan peguam negara (AGC) dan juga di mahkamah di seluruh pelusuk negara.

“Sebagai seorang bekas pegawai undang-undang di mahkamah ketika permulaan kerjaya saya dalam bidang perundangan di tahun 1980an dulu dan juga ahli persatuan pegawai perkhidmatan kehakiman dan undang-undang (Jalsoa), saya amat percaya bahawa setiap pegawai undang-undang yang berkhidmat akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip utama undang-undang.

“Dengan berpegang kepada prinsip tersebut, kita akan sentiasa bertindak dalam ruang lingkup undang-undang, bebas dari sebarang pengaruh, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak yang menjurus ke arah menjejaskan integriti dan tugasan pegawai undang-undang,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Buku Thomas menerima kritikan setelah didakwa mendedahkan krisis dalaman yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta bagaimana sistem perundangan negara beroperasi.

Pihak berkuasa kini menyiasat Thomas atas tuduhan menghina susulan laporan polis yang dikemukakan oleh bekas peguam cara III Mohamad Hanafiah Zakaria dan bekas peguam negara Apandi Ali.

Meskipun Peguam Negara Idris Harun menyifatkan memoirnya tersebut sebagai menghina institusi perundangan, Thomas memilih untuk berdiam diri selepas berdepan kritikan tersebut.

Sementara itu, Takiyuddin juga berpandangan buku memoir itu jelas menjerumus kepada unsur penghinaan yang bakal menjatuhkan integriti institusi perundangan negara.

“Justeru saya berpandangan penulisan buku tersebut jelas menjurus kepada unsur ‘penghinaan’ serta bersifat “mala fide” yang berkesan akibatnya telah menjatuhkan integriti serta maruah institusi perundangan negara amnya dan pegawai-pegawai undang-undang khasnya,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah adalah institusi kehakiman yang terbuka untuk pendapat, cadangan dan kritikan yang membina.

“Adalah amat jelas pada umumnya AGC dan mahkamah merupakan institusi perundangan yang sentiasa bersikap terbuka serta menerima baik segala pandangan dan cadangan dari dalam dan luar mahupun kritikan yang membina. Inilah sikap kita yang menghormati prinsip kebebasan asasi yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan.

“Kita anggap teguran yang membina itu boleh meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan tugas-tugas kehakiman dan perundangan dalam kalangan pegawai-pegawai kita.

“Walau bagaimanapun, teguran tersebut hendaklah dibuat dengan niat ikhlas dan budi bahasa serta tanggungjawab yang tidak membatasi hak undang-undang,” jelasnya.

Selain itu, Takiyuddin juga menambah, dia percaya proses keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa sokongan pengamal undang-undang di Jabatan Peguam Negara, di mahkamah serta sektor swasta.

“Integrasi serta kerjasama ketiga-tiga sektor ini mampu memastikan undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan dalam masyarakat kita.

“Saya turut yakin kebolehan, komitmen, dedikasi, kemahiran serta kejujuran pegawai-pegawai undang-undang di AGC dan di mahkamah tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

“Justeru itu saya memberi jaminan pihak kerajaan akan sentiasa memerhatikan dan bertindak mengikut undang-undang terhadap sebarang usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman serta pegawai- pegawainya,” katanya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. awaslah memoir thomas adalah satu2nya propaganda untuk memjelang pru15, akan dicanangnya pemikiran rakyat dengan propaganda2 negetif dengan pemikiran memburuk2kan pihak tertentu atau parti2 tertentu sehingga menjelang pru15. dia akan menyentuh sedikit saja tentang ph, itu pun kononnya kerana diiniaya atau angkara orang. sendiri berak sana sini tuduh orang orang lain.

    BalasPadam
  2. tommy perlu disiasat..,jika ada ciri2 menggugat negara, perlu ditangkap, dihukum penjara...

    BalasPadam
  3. Tommy tomato
    Tulisan sampah,,,
    Tulisan org meroyan ilang jawatan
    Hak tuih
    Campak dlm tong sampah pown sampah x terima...
    Bodohhhhhh

    BalasPadam
  4. Tommy tomato
    Tulisan sampah,,,
    Tulisan org meroyan ilang jawatan
    Hak tuih
    Campak dlm tong sampah pown sampah x terima...
    Bodohhhhhh

    BalasPadam
  5. Mne penyokong ph bodoh nie
    Woi macai bngon la babi
    To tulang gigit buat mkn mlm

    BalasPadam
  6. Dancing tomato kicap menulis cerita dongeng di waktu dancing tomato kicap sedang mabuk todi untuk mempromosi puak roket dan khadam liberal mereka dan memburuk-burukkan pihak lawan kerana puak roket telah muflis idea untuk memfitnah pihak lawan.

    Inilah taktik kotor dan jahat puak roket untuk memburuk-burukkan pihak lawan sebelum PRU.

    BalasPadam
  7. Jom ramai2 maki tommy tomato bodoh anak anjing....
    Woi rba dapig,,woi penyokong pakaton hancing,,,
    Tdo kah,,,
    Dapat tulang babi seketol tdo sebulan
    Hampeh punye macai,,,puihhhhhh

    BalasPadam
  8. Tak sampai 2 tahun jadi AG,tomee boleh tulis memoir merapu.Ini betul betul AG mee segera yang pakatan hancing lantik kononnya profesional kehkehkeh

    BalasPadam
  9. Subjudis. Haramkan buku Tommy Thomas.

    BalasPadam