Header Ads

ads header

Flash News

Tolak Jawi: Sejak bila dasar SJKC perlu persetujuan Dong Zong?




BANGI, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu
– Sejak bilakah dasar-dasar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) milik kerajaan perlu mendapat persetujuan Dong Zong?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai menempelak tindakan Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks di SJKC.

Terdahulu, Dong Zong dilaporkan mendakwa hasil kajian soal selidik KPM tahun lalu membuktikan pelaksanaan pembelajaran modul Jawi KPM adalah suatu tindakan tidak popular.

Namun, dakwanya kementerian itu enggan menerima kenyataan dan pandangan orang ramai, selain mahu terus membuat kajian soal selidik baharu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Pertubuhan rasis itu memaklumkan bahawa Dong Zong dan pemimpin setiap negeri sudah pun membincangkan pelaksanaan kajian soal selidik modul pembelajaran Jawi yang diarahkan oleh KPM.

Berdasarkan maklumat yang didakwa diperolehi Dong Zong, sebanyak 1,275 buah SJKC iaitu 98 peratus di seluruh negara menolak modul pembelajaran Jawi.

Membidas tindakan Dong Zong itu, Aminuddin berkata, tidak cukupkah pertubuhan itu mengawal rangkaian sekolah-sekolah swasta Cina yang melaksanakan sistem sendiri dan mengabaikan hala tuju pendidikan kebangsaan.

“Bukankah isu pembelajaran tulisan Jawi ini sudah lama selesai? Bukankah mereka pernah akur bahawa tulisan Jawi ini bukan agenda Islamisasi selepas siri-siri penerangan kerajaan dengan pihak mereka?

“Apakah selama ini mereka berpura-pura sahaja seperti sudah ‘bertaubat’selepas berdepan kemarahan rakyat?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aminuddin, Dong Zong sebelum ini sering menggunakan hujah kononnya SJKC sudah berbilang kaum, di mana mempunyai murid Melayu dan India bagi menjustifikasi kewujudan sekolah vernakular itu.

“Jika begitu, mengapa tidak boleh SJKC mempelajari Bahasa Melayu yang lebih tinggi standardnya, iaitu berserta tulisan Jawi yang merupakan tulisan bahasa Melayu juga sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan?,” soalnya lagi.

Atas sebab itu, beliau tetap berpendirian bahawa lebih baik SJKC dijadikan sekolah kebangsaan, kerana tidak perlu untuk menyukarkan kerajaan dengan dua sistem dan silibus yang berbeza.

Malah, pengasingan itu juga disifatkan sebagai satu pembaziran, ‘double standard’ serta menjauhkan anak-anak daripada identiti nasional.

“Jika mahu sisten lain yang kerajaan tidak boleh masuk campur, maka buatlah jadi swasta sahaja. Kenapa mahu dana kementerian, tetapi mahu kementerian hanya jadi tuli sahaja.

“Saya harap agar kerajaan jangan berlengah lagi, apa yang dipersetujui dan diputuskan, laksanakan sahaja kerana ini bukannyaa suatu penzaliman atau penindasan pun.

“Jawi adalah antara tulisan bahasa kebangsaan milik kita semua,” katanya. - IsmaWeb



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Nick yong
    Woi babi,,,g balik tanah beso la
    Nyibok kt sni
    Puihhh

    BalasPadam
  2. Harap ngo isma aje la berani dan lantang. Ngo islam lain tk sepakat sesama ngo islam. Cuba tgok ngo bukan islam sekali menyalak serentak menentang islam, menentang bgsa melayu, negara dan kesultanan kita.

    BalasPadam
  3. SALAH PEMIMPIN BANGSA MELAYU JUGA..TERLALU BERI MUKA DENGAN BANGSA SEPET DISEBABKAN HENDAK UNDI POPULAR DARI KAUM MATA SEPET...MAKSUD AYAT..DI MANA BUMI DI PIJAK..DI SITU LANGIT DI JUNJUNG..TIDAK ADA LAGI DALAM KAMUS HIDUP BANGSA PENDATANG..!!!...

    BalasPadam