Header Ads

ads header

Flash News

10 sebab mengapa pemakluman UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu kurang bijak




(1) TIDAK dinyatakan apa keperluan/tujuan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO kepada Presiden BERSATU pada 26 Februari 2021.

(2) Tidak dinyatakan secara spesifik, dalam bentuk jumlah undian yang diperolehi contohnya, bagaimana keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dibuat/terhasil.

(3) Tidak dinyatakan secara spesifik asas-asas, contohnya dari sudut politik dan dari sudut syarak, yang menyebabkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dibuat/terhasil.


(4) Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat oleh para perwakilan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 28 Mac 2021.

(5) Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga keputusan yang sama mengenainya dibuat oleh Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, iaitu MCA, MIC dan PBRS.

(6) Keputusan ini sepatutnya disertakan dengan pemberian syarat-syarat spesifik tertentu yang wajib dipenuhi oleh BERSATU sekiranya BERSATU mahu UMNO bekerjasama dengannya dalam PRU 15.

(7) Keputusan ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga benar-benar terbukti bahawa BERSATU gagal memenuhi kehendak-kehendak UMNO, khususnya di dalam rundingan agihan kerusi PRU 15.

(8) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15, tetapi masih kekal dalam kerajaan, akan memberi masalah kepada UMNO untuk mendokong dasar kerajaan.

(9) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15 akan memberi kelebihan kepada pihak yang menguasai kerajaan mengatur gerak kerja bagi menanganinya.

(10) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15 akan memberikan persepsi di kalangan masyarakat umum bahawa UMNO adalah anti penyatuan Melayu.

Dr Kamarul Zaman Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. No 10 tu klu dh melekat perception..susah nk counter tuh

    BalasPadam
  2. orang bersetubuh jer yg pikir macam si penulis ni... UMNO dari awal dulu da siap2 bgtau PN sampai PRU15 jer, tp menteri badut BERSETUBUH dgn geng2 kataknyer syok sendiri bila da naik.. lepastu nk tunjuk besar kepala... bodoh sombong, PAS pun hanya akan jd pelampung untuk BERSETUBUH ni disebabkan tawaran menteri, PRU nnt boleh pakai pengundi dari PAS... MN pun x tau kemana hala tuju, harap2 MP PAS renung2kan... #rakyat bawahan...

    BalasPadam
  3. Pemikiran yang tidak berapa cerdik, asyik asyik guna perkataan bersetubuh. Inikah bahasa orang melayu islam?

    BalasPadam