Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Pas jangan cepat melatah



SEREMBAN -
Pas Negeri Sembilan mengingatkan semua ahlinya agar tidak cepat melatah dengan pelbagai kenyataan terhadap parti itu yang memilih menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangannya, Badzli Bakar berkata, Pas perlu terus mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dengan terus berpegang kepada agenda penyatuan ummah.

"Memang ada sedikit sebanyak yang berasa hati bila Pas disindir dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tapi bagi saya itu sekadar pandangan peribadi bukannya pendirian parti UMNO.

"Kita ikut sikap Pas Pusat walau apa jua rintangan kita perlu terus teguh dan bersabar kerana fokus kita sekarang adalah perkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan PN," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoal pendirian Pas berhubung kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut Badzli berkata, bukan mudah untuk membentuk penyatuan tetapi mudah untuk mengundang perpecahan.

Justeru, beliau berharap keputusan Pas untuk bersama Bersatu dalam PN tidak terus dipersoalkan.

"Di peringkat Pas Negeri Sembilan, kita sangat selesa dengan hubungan baik kedua-duanya UMNO dan Bersatu.

"Dengan MN kita sedang rangka program bersesuaian misalnya menggunakan medium dalam talian dan turun pandang manakala dengan PN, kita bergerak bersama lebih kepada program kebajikan," katanya.

Selain itu beliau turut berharap penyatuan Pas dengan UMNO dan Bersatu bukan sahaja dapat menguatkan Pas di Negeri Sembilan tetapi juga keseluruhan parti orang Melayu-Islam.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bersatu wujud akibat kegagalan pucuk pimpinan umno sendiri yang gagal menangani isu 1MDB selain terpalit dengan rasuah dan tamak individu tertentu. Menjadi rahsia terbuka parti politik dalam Malaysia menerima dana luar, malangnya ia tidak telus kepada ahli lain hingga rasa tidak puas hati, tidak percaya menyebabkan serpihnya umno terbentuk bersatu. Pemuda umno sendiri misalnya asyraf sendiri gagal dalam war of perception melindungi ketuanya, menyebabkan ahli umno sendiri hilang percaya dan mengundi yang lain. Kini, kluster mahkamah masih belum selamat dari perbicaraan, ahli umno yang dulunya berpaling tadah, sekarang mengusung kembali kluster tersebut. Sepatutnya gunakan peluang untuk sokong yang paling bersih, unless nak tumpang sekaki...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam UMNO dah menjadi kebiasaan nak tumpang sekaki

      Padam